KELIBAT anakanda ke-12 kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah menyita jutaan perhatian warga maya daripada Malaysia dan Brunei Darussalam.

Video yang memaparkan anakanda Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan bekas pengacara televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim itu tular di laman sosial TikTok.

Tiada lagi imej kanak-kanak, baginda kini semakin membesar dan meniti usia remaja. Kejelitaan puteri yang tinggi lampai itu semakin terserlah.

Kompilasi beberapa foto dan video Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 15, yang menghadiri Charity Polo Day 2023 bertempat di kelab The Royale Polo and Riding Jerudong, Brunei bersama Sultan Hassanal Bolkiah dan kerabat lain mengubati kerinduan warganet yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini baginda.

Biarpun hanya memakai persalinan kasual yang ringkas, puteri remaja ini tampak anggun dan elegan.

Memadan kemeja berona kelabu dan sehelai jean putih, gayanya dilengkapkan dengan beg tangan rona senada.

Gaya sederhana itu menambahkan keayuan dan aura baginda sebagai seorang puteri.

Azrinaz dalam hantarannya di Instagram akhirnya membuka mulut tentang cahaya mata keduanya.

“Gambar awak (Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah) telah viral beberapa hari ini.

“Saya sememangnya menerima banyak direct message (DM) dan tag daripada warganet.

“Ramai yang mengatakan kami seiras. Keanggunan dan kecantikannya lebih daripada itu,” titip bondanya.

Sejak berpisah pada tahun 2010 Azrinaz acap kali memuat naik tentang putera dan puterinya.

Selain Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Azrinaz juga memiliki seorang putera iaitu kakanda Puteri Ameerah.

Putera sulungnya, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Wakeel kini berusia 17 tahun.

Puteri Ameerah kini menuntut di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei) sejak tahun 2017. Terdahulu, baginda menerima pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

Iklan

Untuk rekod, Azrinaz dan Sultan Hassanal Bolkiah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2005 sebelum berpisah pada Jun 2010.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan keduanya dengan Fairos Khan pada 1 Mei 2018.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha, 4, dan Atheera Medinah, 2.

Baca juga: ‘My Son-shine.’ Seiras wajah Azrinaz Mazhar Hakim, ketampanan Pengiran Muda Abdul Wakeel jadi perhatian

Baca juga: ‘Ini bukan throwback…’ Azrinaz Mazhar Hakim bakal timang cahaya mata di usia 42 tahun

Iklan

Baca juga: Ramai keliru Mira Filzah tak bertudung rupanya Tracie Sinidol, bagaikan kembar, mirip sungguh

Sumber: TikTok thehuman_5, Instagram Azrinaz Mazhar Hakim, _affendi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang