Indahnya maksud Ardini, Sabri Yunus pilih nama untuk Angeline Tan tak sampai 2 minit

Iklan
Indahnya maksud Ardini, Sabri Yunus pilih nama untuk Angeline Tan tak sampai 2 minit (1)

MEMELUK Islam dan bergelar mualaf, Angeline Tan mengabadikan nama Ardini Angeline Tan.

Di sebalik nama baharu itu, Angeline mendedahkan ia dipilih oleh suaminya yang juga pengarah dan pelakon, Sabri Yunus.

Iklan
Iklan

Kongsi Sabri, beliau tidak mencari nama Ardini sebaliknya mencari satu nama yang baik dan sedap didengar.

"Sebenarnya kami tidak pernah terfikir untuk menukar nama lain.

Iklan

"Namun apabila kami ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK), mereka bertanya semasa hendak menyediakan kad sekiranya ada nama Islam, cantik juga.

"Kalau tiada pun tak mengapa. Ketika itu Angeline kata terserah kepada saya. Saya pun tidak pernah fikir.

Iklan

Baca juga: Selamat Pengantin Baharu. Sabri Yunus kini sah suami Angeline Tan

Baca juga: 'Dia insan yang saya kagumi.' Angeline Tan dedah bagaimana terbuka hati terima Sabri Yunus, kenal 3 tahun baru melamar

[caption id="attachment_126845" width="800"] Kredit foto: Gegar[/caption]

"Jadi saya terus membuat carian di Google dan mencari nama wanita klasik Islam bermula dengan huruf A.

"Saya ingin mengekalkan nama Angeline Tan tetapi ada nama A lain,” ujarnya dalam temu ramah di saluran radio Sinar FM bersama penyampai radio Dina Nadzir menerusi segmen Sinar Solo.

Jelas pelakon utama Pok Ya Cong Codei itu, selepas mencari, beliau ternampak nama Ardini yang elok maksudnya dan terus memilih.

"Saya lihat Ardini dan baca maksudnya. Makna Ardini ialah ‘isteri yang menyayangi.’

"Dalam masa tidak sampai dua minit, cornfirm Ardini,” ujar Sabri.

Baca juga: '32 tahun kenal, abang beri masa yang cukup untuk buat keputusan.' - Angeline Tan

[caption id="attachment_126846" width="800"] Kredit foto: Gegar[/caption]

Angeline berkata, tidak hanya suami menyukai nama itu, malah pegawai yang bertugas dan adik beradik Sabri juga berkenaan nama Ardini.

Sabri dan Angeline sahabat baik selama 32 tahun selepas sama-sama membintangi sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 90-an.

Mereka disatukan dalam satu majlis ijab kabul tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis jam 10.30 pagi, 14 Oktober lalu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan disaksikan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Baca juga: Berusia 56 tahun, Angeline Tan kekal awet muda. Ini wajah terkini Lucy ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’

Sumber: TikTok @sinar_my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!