PELAKON yang popular menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus,62, dan Angeline Tan, 56, kini sah bergelar suami isteri pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh penyampai radio dan pengacara, Issey Fazliham menerusi hantaran terbaharu beliau di Instagram.

“Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini / Angeline Tan.

“Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pimai pimai tang tu,” tulisnya.

Pasangan itu dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.

Pada majis tersebut, Sabri menyerahkan mas kahwin berupa seutas rantai emas.

Pasangan itu tampil mengayakan persalinan sedondon rona putih.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen, ramai yang gembira dan mendoakan kebahagia pasangan tersebut.

Baca juga: Sabri Yunus dipilih Duta Anak Seni Kelantan

Baca juga: Michelle Yeoh kini bergelar isteri, kahwini Jean Todt selepas 19 tahun bertunang

 

“Alhamdulillah… Tahniah Pok Ya.”

Iklan

“Alhamdulillah.. Moga kekal till jannah.”

Baca juga: Akhirnya, Shila Amzah sah milik Ubai dengan sekali lafaz. Terima mas kahwin RM20,000, wang hantaran dirahsiakan

“Ini legend ni zaman kami sekolah rendah Iagi.. Tak sangka jodoh Wan Ismail Golok dengan Lucy.. Tahniah.”

“Ya ALLAH… Berjodoh juga akhirnya.. Suka sangat dia orang ni. Moga bahagia higga Jannah.”Kedua-kedua pasangan pengantin baharu itu masing-masing meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Iklan

Menerusi siri tersebut, mereka masing-masing membawa watak Wan Ismail Golok dan Lucy.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!