MENITI usia 56 tahun, namun wajah Lucy atau nama sebenarnya Angeline Tan Yoke Yeah tetap maintain awet muda.

Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik.

Biarpun sudah hampir tiga dekad sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu berlalu, nama Lucy tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.

Cantik pada usianya, ayuh kita kenali Angeline Tan;

1. Merupakan anak sulung daripada tujuh beradik pada awalnya bekerja di sebuah syarikat produk kecantikan.

2. Angeline Tan mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.

3. Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an.

Baca juga Adik Miza seiras Siti Sarah, netizen sebak Raissudin lepas rindu, ramai kata macam adik-beradik dengan Uwais

4. Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.

5. Aktif berlakon dalam drama Melayu dan Mandarin, Angeline merupakan antara pelawak yang sering membuat kemunculan sebagai pelawak pentas di RTM.

6. Sitkom Melayu pertamanya berjudul Pak Din KK kemudian dalam ‘Cam Ni Cam Tu’ dan barulah dia sertai Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada tahun 1993.

Memang terbukti wanita ini kekal cantik dan awet muda, seperti koleksi foto terkini Angeline Tan di akaun media sosialnya. Masih jelita!

Baca juga ‘Mesti cantik macam ibu.’ Wany Hasrita selamat bersalin anak sulung, peminat tak sabar tengok baby girl

 

Berikut komen warga maya;

Iklan

“Tak kira umur berapa anda tetap cantik.”

“Beautiful, always with a lovely smile.”

“Looking gorgeous as always, keep it up girl.”

“Tak pernah tak lawa kak Lucy.”

“U are still 25 year’s… pi mai pi mai tang tu Lucy.”

Iklan

Baca juga Pertama kali sambut Aidiladha bersama suami baru, Mizz Nina jelajah 4 negara dalam masa 2 minggu

Sumber: Instagram @angelinetanyy

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang.