Berasal dari Gaza, bapa mentua Ramona Zamzam terganggu emosi susulan kekejaman, elak jumpa cucu

Iklan
Bapa mentua Ramona Zamzam asal Gaza terganggu emosi susulan kekejaman, elak jumpa cucu (3)

PELAKON Ramona Zamzam meluahkan situasi yang sedang berlaku kepada keluarganya semenjak kekejaman Israel ke atas Gaza awal Oktober lalu.

Berkongsi keadaan emosi ibu bapa mentuanya yang terkesan susulan konflik berkenaan , ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu menceritakannya di laman sosial Instagram.

Iklan
Iklan

"Anak perempuan saya datang kepada saya, mengatakan dia mahu meluangkan sedikit masa dengan 'Seedo' (panggil Ivanna kepada datuknya dalam bahasa Arab).

"Jadi dia pergi, tetapi beberapa minit kemudian, dia kembali dan berkata:

Iklan

"Ivanna: Mummy, Seedo tak nak spend time dengan saya, katanya mengantuk.

"Saya: Ok, biar Seedo tidur, mungkin dia penat.

Iklan

"Ivanna: Tapi dia mengantuk sepanjang masa.

"Jadi nampaknya bapa mentua saya telah menolak untuk bermain dengan Ivanna.

"Tidak lama selepas itu beliau saya bercakap dengan saya, mengatakan terpaksa berbohong kepada Ivanna kerana dia telah menonton berita dan enggan Ivanna menonton mana-mana rakaman pembunuhan yang telah berlaku di Palestin," kongsinya.

Baca juga: Kiblat pertama umat Islam, ini antara sebab kenapa Palestin begitu penting bagi umat Islam

Selain itu, Ramona turut mendedahkan beliau sekeluarga benar-benar terkesan dengan situasi yang berlaku di bumi kelahiran mentua.

"Sebenarnya, kami sangat terganggu sejak beberapa hari lalu. Ivanna tidak tahu apa-apa, kalaulah dia tahu bahawa kedua-dua datuk dan neneknya berasal dari Gaza dan mereka begitu terhimpit dengan berita harian.

"Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga keluarga Palestin saya ini dan memastikan mereka selamat dan dijaga dengan baik," titipnya.

Baca juga: ‘Tak lama lagi Gaza musim sejuk,’ Khairul Aming sumbang RM100,000 kepada Palestin

Baca juga: Jangan silap bendera Palestin, 4 negara lain miliki warna bendera seakan sama

Berkahwin dengan suaminya, Rami Alaskar pada tahun 2015, pemilik nama sebenar Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam sering berhadapan keadaan yang sama setiap kali kekejaman berlaku di bumi diberkati itu.

"Saya akui ada kalanya hilang harapan kerana ini bukan kali pertama berlaku dalam hampir sembilan tahun perkahwinan.

"Saya berdoa agar pembunuhan beramai-ramai ini dihentikan dan berharap satu hari nanti anak-anak saya akan membesar dan memahami akar umbi mereka dan mengetahui apa yang telah dilakukan dunia terhadap Palestin.

"Kepada rakan-rakan saya yang telah menghantar mesej dan bertanya tentang Rami dan keluarganya, ketahuilah bahawa ia sangat bermakna," titip Ramona.

Aktres berdarah peranakan Melayu, Pakistan, Jerman dan Thailand itu menerima kata-kata semangat. Tidak hanya itu, warganet mendoakan agar keluarga keselamatan keluarganya dan dipermudahkan segala urusan.

-"Moga ALLAH memberikan perlindungan buat keluarga mentua Ramona dan keseluruhan rakyat palestin yang sedang diuji. Doa kami sentiasa bersama mereka."

-"Palestin will be free! Dengan bantuan ALLAH."

-"Kuat semangat utk ibu dan ayah mentua awak , kami tetap doa yang terbaik untuk rakyat Palestin."

-"Semoga keluarga mentua Ramona selamat dan dilindungi ALLAH di Gaza. Kuat ya, saya percaya Ramonalah penguat suami dan ibu bapa mentua sekarang ini."

Ramona berkahwin dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Ivanna Alashkar yang kini berusia enam tahun.

Baca juga: #SiBibirMerah: Bella Hadid tak peduli kecaman Israel, ketepikan kemasyuran demi #FreePalestine

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!