Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerja di Ampang. Rakan selebriti, bekas isteri terkejut

Iklan
Untitled design_20231026_215343_0000

NEGARA kehilangan satu lagi anak seni apabila penyanyi, Bad Indigo atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah meninggal dunia di tempat kerjanya di sebuah bengkel kenderaan di Ampang, jam 7 malam tadi.

Menurut Harian Metro, Bad dikatakan berdepan dengan masalah hipoglisemia iaitu glukosa darah menurun di bawah paras normal.

Iklan
Iklan

Baca ni Ashira, Bad Indigo berpisah – ‘”Kami tetap berkawan sampai bila-bila”

Iklan

"Memang mengejutkan. Katanya, dia tengah sakit dan berlaku hipoglisemia, dia diberi minum air. Tiba-tiba, dia senyap. Bos dia yang juga kenalan saya baru hubungi saya. Jenazah masih lagi di bengkel," kata seorang rakan Bad kepada Harian Metro.

Berita mengejutkan tersebut turut dikongsikan rakan seperjuangan penyanyi itu, Liza Hanim menerusi Instagram Stories sebentar tadi.

Iklan

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Baru dapat berita Bad Indigo telah kembali ke rahmatullah. Saya akan kongsi butiran lanjut dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” katanya.

Baca lagi  Jatuh cinta ketika di GV7, Bad Indigo nikahi Ashira Mac ini

Seperti dilaporkan sebelum ini, Bad menghidap kencing manis dan pernah menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki pada Mei tahun lalu, sebelum semua jari kakinya terpaksa dipotong beberapa bulan kemudian.

Susulan itu, beliau difahamkan memohon status OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Perkahwinan kedua beliau bersama penyanyi Ashira yang dikenali ketika sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim ke-7 berakhir pada 23 Jun tahun lalu. Punca perpisahan bagaimanapun tidak dinyatakan secara jelas.

Baca lagi Ashira, Bad Indigo kini suami isteri

Ashira ketika dihubungi Gempak menzahirkan rasa terkejut dan mengaku hanya mengetahui tentang pemergian bekas suaminya melalui rakan media.

"Saya sebenarnya tak tahu apa-apa langsung sebab dah lama lost contact," katanya kepada Gempak.