ASHIRA dan Bad Indigo mengumumkan perpisahan setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga. Tidak seperti mana pasangan lain yang bercerai, pasangan penyanyi itu mendedahkan akan tetap berkawan sampai bila-bila.

Bad dan Ashira muncul menerusi video berdurasi 2 minit 17 saat yang dikongsikan di laman Instagram mengumumkan tidak lagi bersama.

Baca juga: Jatuh cinta ketika di GV7, Bad Indigo nikahi Ashira Mac ini

“Kami telah mencapai persetujuan dan tadi kami sudah sah berpisah.

“Tapi tetap berkawan sampai bila-bila, insya-ALLAH,” kata Bad.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 itu membuat keputusan mengumumkannya sendiri kerana tidak mahu perkara tersebut menjadi khabar angin.

“Kami beritahu dulu sebelum keluar daripada mulut orang lain. Jadi harap video ini jelas untuk semua orang.

“Tiada masalah antara kami. Kalau ada masalah saya tidak akan berada di sini,” ujar Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37.

Menerusi video terbabit, pasangan berkenaan menafikan kehadiran orang ketiga menjadi punca.

“Hendak minta maaf kalau ada kawan-kawan wartawan yang nak hubungi, tak perlu.

“Hendak tanya kenapa, apa punca dan bila, itu biarlah saya, dia, keluarga dan yang di atas (ALLAH) sahaja yang tahu.

“Harap jelas dan tiada lagi pertanyaan mengapa saya dan Bad sudah lama tidak nampak.

Iklan

“Saya minta sangat pada semua untuk tidak bercerita benda-benda yang tidak betul pasal kami. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kami selama ini,” ujarnya.

Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47,  berkata mereka tidak mahu bercerita perihal punca perpisahan kerana menyifatkannya ia sebagai aib rumah tangga.

Iklan

Pasangan berkenaan sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim yang ketujuh pada Oktober 2020.

Baca juga: Positif Covid-19, Ashira syukur Bad Indigo, anak tidak dijangkiti

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.