'Cantik persis ibunya, time senyum serupa betul.' Wajah terbaharu Aleesya, anak Erra Fazira raih perhatian. Makin besar makin lawa!

Iklan
ARZALIF-3 (5)

LUMRAH menjadi anak selebriti terkenal seperti Erra Fazira. Ke mana sahaja kaki melangkah, pasti ada sahaja mata-mata yang memerhati.

Demikian juga dengan Aleesya yang turut menerima tempias glamor ibunya.

Iklan
Iklan

Sekadar makluman, Aleesya merupakan anak tunggal hasil perkongsian hidup Erra dan bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Baca ni “ALLAH kurnia 3 insan hebat…’ Engku Emran titip penghargaan wanita pernah berada di sisinya

Iklan

Menerusi satu hantaran di laman Instagram baru-baru ini, kelihatan Aleesya atau nama sebenarnya Engku Aleesya Engku Emran bersama seorang lelaki.

Iklan

Anak perempuan kesayangan bekas ratu cantik yang juga pelakon, penyanyi dan pengacara itu dilihat sedang makan biskut sambil mendengar lelaki berkenaan mendendangkan lagu viral Nur Nilam Sari versi Pinjam Seratus.

Gelagat lelaki tersebut yang membuat miming mengundang lucu pada Aleesya.

Baca lagi [VIDEO] Sayang yang tidak berpenghujung buatmu, anakku – luahan Erra Fazira buat Engku Aleesya.

Sambil tersenyum manis, beliau yang kini berusia 14 tahun menghulurkan sekeping biskut kepada lelaki berkenaan.

 

WAJAH SEIRAS IBU

Senyuman manis yang terukir pada wajah Aleesya meraih pujian ramai. Kata warga maya, wajahnya saling tidak tumpah seperti Erra.

Bahkan, ada yang mengatakan Aleesya seolah-olah jelmaan Erra ketika zaman kegemilangan filem Sembilu.

Baca lagi Erra doa agar kembali bertemu jodoh

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Nama pun ibu dan anak, pasti seiras.

Pun begitu, memang diakui Aleesya banyak mewarisi sifat yang ada dalam diri Erra Fazira.

Lemah lembut, sopan tatkala berbicara dan senyuman manis tidak pernah lekang di bibir.

Menerusi satu temu bual sebelum ini, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek mengakui sebagai ibu, beliau turut mengajar dan mengingatkan anak kesayangannya itu supaya menjaga kecantikan wajah sejak kecil lagi.

Baca lagi 'Kecil-kecil dah ada jawline, ikut ayahnya ni.' Comelnya, hidung mancung.' Syifa Melvin kongsi wajah anak raih perhatian ramai

Baca lagi

"Saya pesan macam-macam pada Aleesya supaya pakai itu ini bagi mengelakkan berlaku masalah kulit wajah dan juga bab penjagaan rambut.

"Pada masa sama, saya turut menitipkan pesanan, tidak kisahlah betapa cantiknya kita, comel macam manapun, kalau perangai tidak elok orang takkan suka," ungkap pelantun lagu Pasrah itu lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang