HAMPIR sebulan menimang cahaya mata, pempengaruh Syifa Melvin dan suami yang juga pemain bola sepak, Safawi Rasid mendedahkan wajah bayi sulung mereka.

Bayi yang diberi nama Saif Sulaiman itu lahir lebih awal dari tarikh jangkaan.

Comelnya Saif, sedap dan indah namanya, kan?

Baca ni Awal 21 hari, Syifa Melvin selamat bersalin sepakat beri nama Saif Sulaiman

saif

Perkongsian yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya itu nyata meraih perhatian ramai.

“Bismillahi masya-ALLAH, inilah cinta baru dalam hidup kami Saif Sulaiman Safawi.

“Membesar dengan baik dan sihat anak,” demikian tulis Syifa menerusi kapsyennya.

Selain memiliki kulit yang putih, pandangan sisi bayi yang kini berusia 23 hari itu menampakkan jawline atau tulang rahangnya yang runcing dan tajam.

syifa

Baca lagi Hadiah hantaran gol, Safawi sahkan Syifa hamil 6 bulan, sambut cahaya mata sulung tak lama lagi

Bukan itu sahaja, mereka turut mewujudkan satu akaun khas atas nama Saif.

Sekadar makluman, isteri kesayangan Safawi Rasid itu bersalin pada 30 September lalu yakni beberapa minggu dari tarikh jangkaan.

Berikut beberapa komen daripada warga maya usai melihat gambar bayi sulung pasangan itu:

‘Masya-ALLAH dari sisi macam Arab sikit. Semoga besar jadi anak soleh.’

‘ Masya-ALLAH hensemnya Saif. Kecil-kecil sudah ada jawline.’

‘ Masya-ALLAH jawline dia. Okey Mierulaiman sudah boleh pencen ni.’

Iklan

Baca lagi Selamat disatukan, Syifa Melvin kini milik Safawi Rasid

safawi

‘Kecil-kecil sudah ada jawline, ikut ayahnya ni.’

‘ Amboi bukan main jual jawline. Comel sangat .’

‘ Cantiknya nama. Assalammualaikum Saif Sulaiman. ‘

‘ Masya-ALLAH, Assalammualaikum baby Saif. Dagu runcing ni. Semoga jadi anak yang soleh.’

Iklan

‘Assalammualaikum Saif Sulaiman ku sayang. BFF Noah Ibrahim ni.”

Sumber: Instagram Syifa Melvin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang