'Hensemnya Tuah, muka bonda sangat.' Sisi keibuan Elizad terserlah ketika dukung anak Remy Ishak, warga maya tersentuh hati!

Iklan
ARZALIF-3 (21)

SEBAK dan terharu tatkala melihat pelakon Elizad mendukung anak Remy Ishak iaitu Tuah Alam.

Perkongsian yang dimuat naik sendiri penyampai radio Sinar FM itu meraih perhatian ramai.

Iklan
Iklan

Elizad atau nama sebenarnya , Siti Elizad Mohd Sharifuddin menerusi kapsyennya memberitahu, video tersebut bagaimanapun sudah mendapat keizinan daripada Remy dan isterinya terlebih dahulu sebelum dimuat naik.

Baca ni 9 tahun tunggu zuriat, orang tak tahu struggle, Siti Elizad syukur keluarga tak pernah tanya pasal anak

Iklan

"Ayah dan bonda bagi keizinan untuk kongsi video ni. Handsome sangat Tuah Alam Remy Ishak," tulisnya ringkas.

Iklan

Rupa-rupanya video berkenaan diambil ketika anak kelahiran Kuala Lumpur itu sedang menjalani penggambaran drama Restu bersama Remy Ishak.

Kebetulan pelakon kacak itu membawa isteri dan anaknya menemani beliau di lokasi penggambaran tersebut.

Baca lagi Baru berangkat pulang dari haji, Elizad terharu Raja Permaisuri Agong gosok perut, doakan rezeki hamil

SISI KEIBUAN

Video yang berdurasi kurang daripada seminit itu memperlihatkan sisi keibuan Elizad. Sememangnya kecomelan Tuah membuatkan sesiapa sahaja menjadi geram.

Hantaran tersebut mengundang tumpuan warga maya.

Ramai yang mengakui cukup tersentuh hati dan terharu melihat pelakon berkenaan mendukung bayi yang berusia empat bulan itu.

Baca lagi “Susahnya nak dapat awak ni…” – Ramai doakan terbaik buat Siti Elizad

Antara komen yang dilontarkan warga maya adalah:

'Insya-ALLAH semoga suatu hari nanti ALLAH kurniakan zuriat yang soleh dan solehah buat Elizad dan suami.'

' YA ALLAH, kurniakanlah wanita indah ini anugerah terindah-MU di rahim yang dijanjikan penghuni kecil yang soleh dan solehah.'

'Saya bukan siapa-siapa tapi rasa tersentuh bila tengok video ini . Saya doakan semoga ada rezeki satu hari nanti buat Elizad dan  suami.'

'Lepas ni akak merasa juga. Insya-ALLAH sampai masanya nanti.'

'Semoga ALLAH kurniakan malaikat kecil dalam rahim Ejad.'

Umum mengetahui betapa Elizad sememangnya cukup menginginkan kehadiran cahaya mata sendiri selepas sekian lama mendirikan rumah tangga.

Baca lagi Bila awak menggunakan perkataan mandul, ia sangat menyakitkan saya – Siti Elizad buat laporan polis

Sekadar makluman, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Demi mendapatkan zuriat sendiri, beliau pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) IVF pada Februari 2020.

Namun, rezeki tidak berpihak kepadanya selepas selebriti itu mengalami keguguran pada November tahun yang sama.

Baca lagi "Kandungan tak kuat dan bleeding”, Elizad reda belum rezeki bergelar ibu

pelakon berlari ke langit itu tidak berputus asa. Pada Mac 2022, beliau sekali lagi menjalani rawatan IVF, namun sekali lagi menemui kegagalan.

SinarPlus doakan semoga Elizad dan suami tidak berputus asa dan akan terus berusaha untuk memiliki anak. ALLAH MAHA BAIK.

Sumber: Instagram elizadsharifuddin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang