Hilangkan bau kucing dengan pewangi rumah cara DIY. Guna pelembut pakaian dan garam batu jer

Iklan
IMAGE - 2023-11-22T092527.423

Hilangkan bau kucing dengan pewangi rumah cara DIY. Guna pelembut pakaian dan garam batu jer

KEDIAMAN yang berbau harum boleh mengundang rasa tenang kepada pemiliknya.

Iklan
Iklan

Namun, bagi mereka yang memelihara kucing, bau najis haiwan itu pastinya boleh mengganggu ketenteraman.

Lebih memalukan jika ada tetamu yang datang bertandang ke rumah.

Iklan

Oleh itu, kepada mereka yang mengalami masalah tersebut, apa kata anda cuba kaedah DIY yang dikongsikan seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama, anggunchintacattery.

Iklan

Beliau menghasilkan pewangi rumah menggunakan dua bahan sahaja iaitu garam batu dan pelembut pakaian.

Baca juga: ‘Projek dekor hujung minggu.’ Lelaki ni DIY pintu kabinet dapur guna wallpaper je. Jimat kos & nampak baharu!

 

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

-Pelembut pakaian

-Garam batu

-Bekas kecil

-Garpu

Baca juga: Penuhi permintaan isteri, lelaki ini DIY rak pasu bunga guna paip PVC je. Simple, cantik & jimat ruang!

Cara penyediaan:

1. Hasilkan lubang pada penutup bekas dengan mencucuk garpu yang telah dipanaskan pada api.

2. Masukkan garam batu dalam bekas dan tambah pelembut pakaian.

3. Kacau dan tutup bekas. Siap.

Baca juga: Guna bahan murah tapi nampak mahal. Wanita ini DIY ring clip dan cermin jadikan perhiasan rumah

Menerusi video yang telah mendapat lebih 2.8 juta tontonan dan lebih 58,700 tanda suka tersebut, pewangi rumah itu sesuai untuk diletakkan di bilik kucing atau tandas.

Memang wangi dan tak perlu risau lagi bau najis si comel tersebut menusuk hidung.

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!