LAZIMNYA ring clip digunakan untuk kerja-kerja pejabat dan sekolah.

Gegelung besi itu digunakan untuk mencantum kertas atau kad supaya menjadi lebih kemas dan teratur.

Seorang wanita bagaimanapun mencipta kelainan apabila menggunakan ring clip sebagai bahan utama untuk menghasilkan perhiasan rumah.

Menggunakan user name normilayah99 di laman TikTok, beliau berkongsikan DIY cara penghasilannya.

 

Berikut bahan-bahan dan kaedah penyediaannya.

Bahan-bahan
-Ring clip Eco Shop [BELI DI SINI]
-Cermin bulat Ninso [BELI DI SINI]
-Button sofa [BELI DI SINI]
-Gam [BELI DI SINI]
-Rhinestons [BELI DI SINI]

Baca juga: Kreatif sungguh! Wanita kongsi cara DIY tempat sangkut tudung lepas iron raih perhatian ramai

Baca juga: Tak perlu invest ribuan ringgit, guna cara DIY ini hasilkan pagar lebih stail, privacy

Kaedah penyediaan:

1. Gam button sofa untuk dijadikan sebagai tapak bawah cermin.

2. Gam rhinestons di sekeliling cermin.

3. Susun dan gam ring clip pada bahagian atas cermin menggunakan glue gun.

4. Siap.

Iklan

Baca juga: Murah & harum! Ini cara DIY pewangi tandas bau kayangan

Mudah sahaja langkahnya tetapi hasilnya memang ‘meletop’!

Dah siap bolehlah hias dengan lilin atau pasu kecil berisi bunga.

Letak di sudut rumah, memang nampak cantik.

Ia kelihatan seperti perhiasan mewah yang dibeli di kedai perabot.

Iklan

Jadi SinarPlus cadangkan kepada anda yang mahu dekor rumah dengan bajet kecil, boleh cuba cara yang dikongsikan wanita tersebut.

Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!