‘Projek dekor hujung minggu.’ Lelaki ni DIY pintu kabinet dapur guna wallpaper je. Jimat kos & nampak baharu!

SIMPLE, praktikal dan jimat kos. Itu yang penulis boleh diungkapkan tatkala melihat hasil kreativiti seorang lelaki dalam memenuhi pemintaan isterinya untuk mendekorasi ruang dapur milik mereka.

Perkongsian yang dimuat naik Nini Faizura Abdul Wahab menerusi laman Facebook miliknya iaitu Mawar Merah memang menarik perhatian SinarPlus.

Baca ni ‘Rumah mama paling selamat & disayangi,’ Throwback momen bersama arwah mama, Kilafairy berbakat dekor rumah sendiri. Cantik!

dapur

dapur

Untuk rekod, kediaman jenis rumah teres itu dihuni bersama suami dan tiga orang cahaya mata mereka.

Menurut Nini, pengubahsuaian tersebut hanya mengambil masa tidak sampai seminggu.

“Alhamdulillah selesai projek dekor dapur. Pada hujung minggu, buat sikit-sikit akhirnya berjaya disiapkan.

“Terima kasih kepada Encik Suami yang gigih layan kehendak bini yang nak tukar wajah dapur selepas berbulan-bulan mengikuti satu grup dekor di Facebook. Memang berkobar-kobar semangat dibuatnya,” jelas Nini lagi.

Idea hebat sang suami bukan sahaja memberi sentuhan yang elegan, malah dilihat sangat kondusif untuk ruang dapur yang menjadi jantung dalam sesebuah rumah.

Baca lagi ‘Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

dapur

Menariknya lagi, pengubahsuaian yang dilakukan tidak menggunakan modal yang banyak.

Dalam postingnya, Nini turut berkongsi barangan yang digunakan untuk mendekor atas permintaan ramai.

Bahan-bahan 

1. Pintu kabinet (Shopee) RM102

2. Kayu frame pintu di hardware

3. Kitchen cabinet conceal door (yang ni untuk lekatkan pintu dapur) RM 0.89

4. Cat dapur jenis jotun code white snow (kedai cat)

5. Wallpaper kabinet (Shopee)- beli dari China tapi ambil masa enam hari.

6. Pemegang pintu kabinet (Shopee) RM1

7. Bidai tingkap dari kedai Mr Diy

8. Wallpaper wallbrick dapur

Cara membuat:

Baca lagi Penuhi permintaan isteri, lelaki ini DIY rak pasu bunga guna paip PVC je. Simple, cantik & jimat ruang!

dapur

1. Sinki yang mula-mula dibeli dan tidak pernah pasang pintu kabinet. Rasa semangat nak pasang sendiri. Jika upah tukang kabinet lebih kurang RM800. Jadi, gigih suami nak buat sendiri.

2. Bermulalah projek DIY pintu kabinet.

Iklan

dapur

3. Pintu kabinet ni dibeli di Shopee jer. Hanya beri ukuran yang diinginkan dan pihak berkenaan akan menghantar mengikut ukuran tersebut. Satu pintu bersamaan RM30. Justeru tiga pintu termasuk wang pos modalnya adalah RM102 sahaja.

dapur

Baca lagi Idea kreatif DIY meja konsol dengan cara mudah, murah dan menjimatkan masa. Hanya sambung & skru sahaja, dah siap!

4. Tebal pintu ini, boleh tahan berat dan tebal.

dapur

5. Kabinet lama yang nak kena mekap dengan wallpaper kabinet yang dibeli di Shopee. Hasilnya berkilat-kilat kabinet lepas dibalut dengan wallpaper berkenaan.

Baca lagi DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!

dapur

Iklan

7. Dapur sebelum cat.

8. Inilah hasilnya. Bahagian jubin turut dilekatkan dengan wallpaper brick dari Shopee.

dapur

Baca lagi ‘Awal terus cop 1 bilik.’ Wanita ini dekor bilik baking dalam rumah raih pujian. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

Semoga perkongsian tersebut boleh dijadikan panduan kepada kita yang ingin mengubahsuai ruang dapur dengan bajet yang minimum.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang