BUAT rak pasu bunga guna paip PVC? Bunyinya macam menarik, kan? Itulah yang dikongsikan oleh Abdul Hadi‎ menerusi grup Kelab Kaki D.I.Y.

Sekadar makluman, PVC merupakan singkatan daripada polyvinyl chloride yakni salah satu bahan bangunan jenis ringan dan mudah dibentuk.

Berbalik semula kepada tip yang mahu dikongsikan, SinarPlus tertarik kerana kaedahnya simple tetapi menarik terutama bagi anda yang suka mencantikkan ruang di halaman kediaman.

Bagi anda yang gemar berkebun dan tanam pokok bunga, namun kawasan rumah yang terhad atau sempit sememangnya menyukarkan anda berbuat demikian.

Justeru, boleh cuba cara yang dimuat naik Abdul Hadi itu.

Baca ni Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

RAK

Baca lagi Kreatifnya wanita ini dekor bilik bawah tangga jadi stor simpan barang. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

TERSUSUN KEMAS

Memang nampak cantik dan pokok-pokok dalam pasu kelihatan tersusun kemas.

Tenang dan menarik mata memandang. Malah, aktiviti sebegitu juga boleh menjadi salah satu kaedah anda menghilangkan tekanan.

Pulang daripada kerja, sambil belek pokok-pokok dan sibukkan diri dengan tanaman tersebut buat anda hilang stres seketika.

“Atas permintaan isteri tersayang, saya nak kongsi rak pasu DIY daripada paip PVC. Sambung paip tersebut, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadilah rak pasu bunga ini.

“Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan. Pemasangannya agak ketat. Memang tidak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip. Lain kali jika nak adjust tinggi atau tambah mana-mana bahagian, boleh cabut semula,” ujarnya.

Baca lagi ‘Awal terus cop 1 bilik.’ Wanita ini dekor bilik baking dalam rumah raih pujian. Cantik, tersusun kemas & praktikal!

RAK

Baca ni Susun atur bilik stor ada caranya. Barulah lebih kemas, sistematik dan mudah cari barang!

Iklan

Selain itu, kata Abdul Hadi, kepada yang mahu mencuba teknik beliau, juga boleh pasangkan roda untuk mudah alih tempat lain jika bosan di tempat yang sama.

“Untuk lebih selamat, ikatkan di dinding belakang supaya tidak mudah tumbang ke depan. Fitting itu saya beli secara online di shoppe untuk saiz 3/4 inci,” ujarnya.

RAK

Memang kreatif betul idea untuk membina rak pasu daripada paip pvc.

Ruang laman nampak lebih hidup. Jom cuba buat sendiri nanti!

Iklan

Baca lagi Elak bazir duit beli produk polish cermin kereta, guna ubi kentang yang ada gigi atau rosak. Jimat belanja!

Sumber: Abdul Hadi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang