Sempoi ngeteh santap cendol, Yang di-Pertuan Agong berkenan bawa Putera Albert II lepak gerai

Iklan
Sempoi ngeteh santap cendol, Yang Di-pertuan Agong berkenan bawa Putera Albert II lepak gerai (1)

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berjiwa rakyat. Terkenal dengan kemesraan melayani orang ramai, baginda tidak kekok mencemar duli turun bergaul dengan masyarakat.

Terbaru, baginda berkenan singgah menikmati minuman cendol bersama Yang Teramat Mulia Putera Monaco, Putera Albert II di gerai Cendol Lily, Lanchang, Pahang.

Iklan
Iklan

Keberangkatan Seri Paduka baginda dan Putera Albert selepas tamat lawatan ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Iklan

Memesan minuman berupa cendol dan teh ais, Al-Sultan Abdullah dan Putera Albert II menikmati santapan petang di ruangan tengah gerai.

Warga maya teruja dengan kehadiran dua pemimpin negara itu memuji tindakan Al-Sultan Abdullah berkenan membawa kerabat diraja luar negara menikmati minum petang di gerai sekali gus memperkenalkan sajian Malaysia.

Iklan

Baca juga: Berjiwa rakyat, Al-Sultan Abdullah terhibur dipanggil pakcik, Permaisuri Agong ambil aduan jalan teruk, Sabahan teruja keluarga diraja depan mata

Baca  juga:'Paling berjiwa rakyat' 239 hari lagi Agong bakal pulang ke Pahang buat ramai sebak

-"Mesti tersenyum kalau tengok apa-apa aktiviti Tuanku. Agong paling best."

-"A very good experience for Prince Monaco."

-"Mengetengahkan budaya cara kita, minum cendol jer."

-"Selamba dan humble jer Tuanku."

-"Bukan kaleng-kaleng dua figura diraja berlainan negara ini, berkenan santap di gerai."

-"Cerminan kepada kerabat raja asing betapa humble Raja kita dapat bersantap di warung rakyat marhaen. Daulat Tuanku."

Terdahulu, baginda berkesempatan menuruni kenderaan rasmi dan menyantuni serta beramah mesra dengan pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Bolok, Lanchang, Pahang selepas tamat lawatan.

Kedatangan Yang Teramat Mulia Putera Albert II, Putera Monaco adalah bersempena kunjungan negara secara rasmi ke Malaysia beliau selama empat hari bermula semalam berserta delegasi Kerajaan Monaco.

Baca juga: Tuah Missclyen kini anak angkat Raja Permaisuri Agong, alami penyakit rare Sindrom Werewolf

Baca juga: 'Sweet adinda, kekanda berpelukan.' Ramai linang air mata lihat Sultan Ibrahim & Raja Permaisuri Agong

Dalam pada itu, Putera Albert II juga perkenan menganugerahkan kurniaan Darjah Kebesaran Commandeur de l'Ordre de Saint Charles kepada Al-Sultan Abdullah.

"Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, penganugerahan ini pastinya memberikan patik semangat untuk terus berkhidmat dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan negara tercinta, insya-ALLAH.

"Patik mendoakan semoga perjumpaan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia-Monaco demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara, aamin," titahnya.

Sumber: Istana Negara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!