YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyaksikan perbarisan tamat latihan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah di Royal Military Academy Sandhurst, London, United Kingdom baru-baru ini.

Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan YAM paduka anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda berdua.

Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Tuan Yang Terutama Datuk Zakri Jaafar dan isteri Datin Nor Aini Abdul Rahman serta Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin dan Penasihat Pertahanan Malaysia di United Kingdom Brigadier General Dato’ Pahlawan Safwan Ismail.

Baca juga: Permaisuri Agong kongsi pengalaman tidak dapat susukan zuriat, rasmi bank susu patuh syariah pertama di Malaysia

Keberangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke istiadat tersebut disambut Ketua Staf Pertahanan United Kingdom, Jeneral Sir Patrick Sanders.

Pada istiadat tersebut, Seri Paduka Baginda turut diberi penghormatan menerima Tabik Hormat Diraja diiringi lagu Negaraku.

Seri Paduka Baginda juga berkenan beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan bersama Ketua Staf Pertahanan United Kingdom Jeneral Sir Patrick Sanders dan Panglima Tentera Darat India Jeneral Manoj Pande.

Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, 22, telah melengkapkan latihan ketenteraan di RMAS selama setahun bermula 11 Ogos 2022.

Baca juga: Baru berangkat pulang dari haji, Elizad terharu Raja Permaisuri Agong gosok perut, doakan rezeki hamil

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut telah menjalani latihan ketenteraan di RMAS dari tahun 1978 hingga 1979 dan ditauliahkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II pada tahun 1980.

Manakala, Pemangku Raja Pahang juga telah menjalani latihan ketenteraan di akademi itu dan ditauliahkan pada bulan Disember 2019 selepas melengkapkan latihan selama 44 minggu.

RMAS adalah sebuah instituti latihan ketenteraan tersohor dunia yang amat terkenal dalam pembangunan kepimpinan dan latihan asas ketenteraan dan pegawai tentera darat.

Perbarisan Sovereign’s Parade di penghujung setiap penggal menandakan berakhirnya latihan tentera 44 minggu dan menyaksikan perbarisan pegawai kadet yang telah menamatkan ‘Commissioning Course’.

Baca juga: Beauty with brain, Tengku Puteri Afzan Aminah kini graduan Sarjana Muda Sains Pengurusan dan Perakaunan

Warganet mengucapkan tahniah di atas kejayaan membanggakan Tengku Ahmad Ismail.

Selain itu, ramai yang memuji penampilan Raja Permaisuri Agong yang cantik dan lengkap menutup aurat. Baginda tampil anggun menggayakan baju kurung songket hijau sempena hari istimewa anakanda.

Iklan

– “Alhamdulillah, tahniah. Syukur selamat graduasi Tengku Ahmad Ismail.”

– “Tahniah anak Raja Pahang. Sebaris bersama bangsa Inggeris berdirinya seorang Melayu, hebatnya bangsa Melayu.”

– “Cantik sangat Raja Permaisuri Agong, contoh tokoh wanita Islam. Aurat, batas semua tetap terjaga walau di mana berada.”

– “Lawanya baju Raja Permaisuri Agong.”

– “Assalamualaikum. I am proud of our Permaisuri Agong who stands by her husband Yang di-Pertuan Agong, regal and with pride dislpaying her aurat qualities of a Muslim women. Daulat Tuanku.”

– “Raja Permaisuri Agong looks beautiful in green songket. Daulat Tuanku. Tahniah YAM Tengku Panglima Perang.”

Iklan

– “Cantiknya Raja Permaisuri Agong.”

Terdahulu, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kriminologi dan Sosiologi, University of London, United Kingdom.

Baginda adalah kakanda kembar Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Baca juga: Raja Permaisuri Agong hadiahkan hantaran perkahwinan baginda, Keringkam usia 35 tahun kepada Muzium Sarawak

Sumber: Instagram Istana Negara

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!