LEBIH setahun mendirikan rumah tangga, pereka kandungan digital tanah air, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank dijangkakan bakal menimang cahaya mata pertama hari ini.
Sehubungan itu, Sofyank menitip doa orang ramai buat isterinya bagi dipermudahkan proses kelahiran tersebut.
"Assalamualaikum semua. Insya-ALLAH hari ini isteri saya bakal melahirkan anak sulung kami.
"Saya nak minta sedikit doa daripada semua yang mengenali saya dan isteri Nabilah Ramli supaya urusan bersalin dipermudahkan ALLAH, dihilangkan rasa sakit yang luar biasa dan diberikan kekuatan untuk melahirkan anak kami.
"Semoga ALLAH melindungi isteri saya dan juga anak kami," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Isnin.
Baca juga: Petua hilangkan batuk anak cara orang Korea. Guna buah lai dan halia jer, kena cuba
Baca juga:Isteri hamil trimester ketiga, Fad Bocey bakal timang anak kelima.Daddy kata lepas ni tutup kilang
Pasangan berkenaan melangsungkan perkahwinan pada 11 Jun 2022 selepas perkenalan selama tujuh tahun.
Sofyank mula dikenali melalui video kreatif yang dihasilkan hingga meraih perhatian personaliti Amerika, Zach King dan beberapa aktor Hollywood seperti Ryan Reynolds dan Will Smith.
Tahniah diucapkan kepada Sofyank dan isteri, semoga segala urusan dipermudahkan.
Baca juga:Remy Ishak kini bapa, selamat timang anak sulung