Petua hilangkan batuk anak cara orang Korea. Guna buah lai dan halia jer, kena cuba

ANAK kecil memang mudah alami batuk, demam dan selesema.

Imunisasi badan mereka yang lemah membuatkan si kecil mudah dijangkiti penyakit.

Keadaan tersebut membuatkan mereka jadi tidak selesa dan mula meragam.

Paling menakutkan ibu bapa, ubat dah nak habis tetapi batuk dan demam masih tak hilang juga.

Itu belum lagi cerita kanak-kanak yang memang susah sangat nak makan ubat.

Justeru, SinarPlus percaya ramai ibu bapa mencari petua untuk menghilangkan batuk pada si kecil.

 

Justeru, apa kata anda cuba perkongsian seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama ibumateen.

Beliau berkongsi resipi herba untuk menghilangkan batuk menggunakan cara orang Korea.

Baca juga: Silap pilih berbau hancing, wanita kongsi tip beli ikan pari segar

Berikut bahan-bahan yang diperlukan
Sebiji buah lai
1 inci halia

Cara penyediaan:

1. Potong bahagian atas buah lai.
2. Korek bahagian tengah dan masukkan halia.
3. Kukus dalam masa 30 hingga 40 minit.
4. Biarkan suam seketika sebelum diberikan kepada anak.

Iklan

Baca juga: Tip mudah pakaian cepat kering semasa musim hujan, bau pun tak hapak

Baca juga: Tip mudah hilangkan kesan kuning & bau blender, hanya guna bahan di dapur bersih tip top

Menurut pemilik akaun tersebut, petua itu menjadi dan anaknya sudah ada selera untuk makan.

Iklan

Jadi para mommies boleh cuba kaedah yang dikongsikan supaya batuk dan selesema anak boleh berkurang.

Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang