PELAKON Remy Ishak kini bergelar bapa apabila isteri, Roszaliza Yusof, selamat melahirkan anak sulung.

Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei bin Ishak memaklumkan berita gembira itu menerusi Instastory.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur,” katanya.

Baca juga: Isteri hamil 5 bulan, Remy bakal bergelar bapa

Remy turut memaklumkan isteri dan anaknya dalam keadaan yang sihat sekali gus berterima kasih atas doa orang ramai terhadap mereka.

“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih,”ujarnya.

Terdahulu, pelakon Nur Kasih dan Lelaki Kiriman Tuhan itu memuat naik video memberikan sokongan moral kepada Roszaliza atau dikenali sebagai Ezza yang sedang berada di dalam wad bersalin.

Remy dan Ezza berkahwin pada 21 Ogos 2021 di Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tujuh tahun perkenalan.

Beliau mengesahkan isterinya sedang hamil Mac lalu ketika kandungan berusia lima bulan.

Iklan

Pasangan ini pernah menjadi perhatian ramai selepas menerima hadiah perkahwinan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baca juga: Remy, Ezza terima hadiah perkahwinan dari Agong

Baca juga:‘Malunya tak perasan.’ Wanita terkejut rupanya Remy Ishak tolong ambil gambar

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang