MimpiKita rasmi butik baharu di TRX, jalin kerjasama dengan Elfira Loy untuk beg tote

Iklan
ARZALIF- 2 (5)

MIMPIKita (MK), sebuah jenama fesyen terkenal tanah air menutup tahun 2023 dengan penuh bergaya apabila merasmikan pembukaan butik baharu.

Lebih menarik, The Exchange TRX iaitu pusat beli-belah bertaraf antarabangsa menjadi pilihan tiga beradik wanita iaitu Nurul Afidah Zulkifli, Amirah Hanis dan Fatimah Ani Syahirah sebagai lokasi baharu untuk butik utama mereka.

Iklan
Iklan

Sekadar makluman, tiga bersaudara itu mula mengusahakan butik mereka sekitar tahun 2008 lagi secara dalam talian dan menjual di bazar pada hujung minggu.

Sambutan yang menggalakkan terus mendorong MK membuka premis pertama di Bangsar pada tahun 2010 sehinggalah sekarang.

Iklan

Baca ni Lady of Leisure cipta kelainan untuk koleksi cinta. Terap elemen puisi, seni lukisan dalam fesyen

Iklan

 

Nurul Afidah atau mesra disapa Nurul yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dalam ucapannya berkata, TRX merupakan lokasi terbaik untuk pembukaan butik MK.

"Pembukaan butik baharu MK di hub fesyen dan gaya hidup mewah TRX ini sesuai kerana ia merupakan lokasi yang menyajikan keseronokan baharu terutama buat peminat fesyen tanah air.

"Selain itu, premis ini juga menjadi bukti impian dan aspirasi kami bersama. Justeru, saya berharap dapat meneruskan cita-cita besar kami dalam mencipta dan meraikan keindahan serta kepelbagaian melalui seni fesyen," ujarnya.

 

Majlis yang berlangsung meriah itu turut dihadiri selebriti dan pempengaruh terkenal.

Antaranya seperti Diana Danielle, Uyaina Arshad, Azrel Ismail, Alya Iman, Eyka Farhana, Vivy Yusof dan ramai lagi.

Baca lagi Nur Aria Mikayla lengkapkan keluarga kecil Elfira

MK X ELFIRA LOY

Selaras dengan pembukaan premis tersebut, Nurul berkata, MK menjalin kolaboratif dengan selebriti terkenal, Elfira Loy dalam menghasilkan beg tote eksklusif dengan tiga warna dan rekaan yang menarik.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Elfira menerusi Mimpikita x Elfira Loy. Ia sejajar dengan nilai jenama fesyen kami iaitu mengejar impian bersama, meraikan satu sama lain.

 

"Pada masa sama, memberi inspirasi kepada wanita lain untuk mengejar aspirasi tanpa rasa takut," katanya.

Sementara itu, Elfira ketika ditemui turut melahirkan keterujaan kerana berpeluang bekerjasama dengan jenama fesyen yang sekian lama menjadi pilihannya.

Baca lagi ‘Saya ibarat ada 2 watak, isteri Rizman dan… .’ Nurida Suraya akui selesa & tak penat sentiasa tampil cantik

 

Menurut beliau, kerjasama tersebut mula tercetus memandangkan hubungan mereka sudah lama terjalin.

"Kami bermula sudah lama bermula apabila saya menjadi salah seorang #TheKitaGirls. Hubungan kami juga semakin rapat dan selalu travel bersama. Bermula dari situ tercetus idea untuk bekerjasama.

"Memandangkan saya cukup gemar dengan beg, jadi kami memilih ia sebagai produk pertama usahasama kami," ungkapnya.

Baca lagi Supermodel Naomi Campbell peraga rekaan Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week

Selain pengumuman tersebut, jenama tersebut turut memperkenalkan koleksi terbaharu mereka, #HerStory dan Comfort Curated.

#HerStory menggabungkan potongan-potongan yang menceritakan kisah keanggunan dan keperibadian tersendiri seperti pada helaian top kimono, skirt dan tudung.

Untuk koleksi Comfort Curated pula terdiri daripada set loungewear, gaun dan kemeja linen lengan pendek.

Setiap satu rekaan memberi tumpuan kepada keselesaan buat si pemakai tanpa mengabaikan fesyen dan stail yang dipilih.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang