Supermodel Naomi Campbell peraga rekaan Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week

MIMPI jadi kenyataan apabila munculnya supermodel antarabangsa Naomi Campbell, 53, menerusi pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week yang berjaya mencuri tumpuan pengunjung yang hadir sekali gus warga maya.

Menerusi acara fesyen itu, Rizman Ruzaini dilihat membawa beberapa orang selebriti tanah air untuk memperagakan baju mereka di pentas peragaan.

Bertemakan ‘Spring Summer 2024’, Rizman Ruzaini turut membuat kejutan apabila menampilkan supermodel terhebat dunia, Naomi Campbell di acara berprestij berkenaan.

Dalam pertunjukan itu, Naomi memakai gaun hitam yang padat dengan sulaman manik halus.

Ujar Rizman Ruzaini, penampilan Naomi seolah mimpi menjadi kenyataan buat diri mereka berdua.

Baca juga Warna lebih bold & sensasi. RR Bucket Mini Bag daripada Rizman Ruzaini digilai ramai

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warga maya meluahkan rasa bangga melihat kejayaan yang dikecapi pereka fesyen tempatan itu.

Bukan sahaja berjaya bawa nama Malaysia ke mata dunia, Rizman Ruzaini juga mampu bekerjasama dengan Naomi.

Ujar mereka;

“Epic and phenomenal! U both are amazing! Congratulations dear brother! Subhanallah walhamdulillah! Congratulations and fly higher.”

“So inspiring. Semoga Rizman Ruzaini, achieve more great achivement for all of us to be proud of.”

Baca juga ‘Saya ibarat ada 2 watak, isteri Rizman dan… .’ Nurida Suraya akui selesa & tak penat sentiasa tampil cantik

Iklan

“Wowww so hebat!! Congratulations and bangga!”

“Another level!!”

“Naomi.. wow! So proud of u guys.”

Wow, bukan calang-calang, Rizman Ruzaini sudah mendunia!

Iklan

Sumber: Rizman Ruzaini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!