GABUNGAN seni lukisan dan puisi menyuntik kelainan dalam peragaan fesyen oleh Dada Herzog Al-Attas menerusi koleksi busana Cinta yang dipersembahkan di  Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pemilik Lady of Leisure, sebuah jenama fesyen mewah terbaharu itu berkata, koleksi tersebut diinspirasikan oleh makna perkataan ‘cinta’ itu sendiri.

Sekadar makluman, Lady of Leisure merupakan sebahagian daripada jenama Dada Luxury dan di bawah Alattas Holding AG, sebuah perusahaan keluarga yang berpangkalan di Switzerland.

Baca ni ‘Suami pendorong, bimbing & lorongkan jalan…’. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

Dada

“Koleksi ini mencerminkan falsafah jenama dalam mereka pakaian yang membangkitkan
perasaan dan menjadikan wanita sebagai sumber ilham bagi menzahirkan keunikan mereka.

“Setiap satu busana menampilkan pelbagai fabrik mewah rekaan yang terjalin indah dan kesemuanya adalah hasil buatan tangan di Malaysia,” ujarnya pada majlis pertunjukkan fesyen Dada Luxury Relevation Soiree tersebut.

 

Turut hadir ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan daripada Marsha dan Sonaone.

Baca lagi ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

marsha

Mengulas lanjut, Dada Herzog berkata, selain ilham yang diperoleh daripada pengalaman peribadi, nenek beliau antara figura yang memberikan impak besar dalam membentuk nilai dan perspektif dirinya.

“Nenek adalah seorang wanita hebat dan luar biasa yang menjadi inspirasi untuk rekaan dalam koleksi Cinta ini.

“Setiap helai pakaian dihasilkan dengan penuh teliti, mencerminkan keanggunan dan kesantunan. Malah, kekuatan yang dimiliki nenek terutama kebaikannya diterjemahkan melalui koleksi ini,” ujarnya.

Baca lagi Marion Caunter didik anak hargai kemerdekaan negara. Hadir dengan buah tangan baharu khas untuk rambut wanita

Fesyen

Iklan

Koleksi tersebut dibahagikan kepada tiga bab iaitu Passion, Intimacy, dan Devotion.

Passion menampilkan pakaian-pakaian yang berani dan seksi, sesuai untuk merakamkan percikan bibit-bibit cinta pertama.

Sementara Intimacy pula menampilkan pakaian-pakaian yang lebih sensual dan intim, sesuai untuk meraikan keintiman hubungan.

Baca lagi ‘Isteri ibarat bayang…’ Healing berdua & mengalah apabila bergaduh, Izzue Islam dedah rahsia rumah tangga bahagia

fesyen

Iklan

Untuk Devotion pula, pakaian yang dihasilkan bersifat tak lapuk dek zaman dan anggun, sesuai untuk menzahirkan ikatan cinta yang berkekalan.

Menariknya, sebanyak 16 koleksi lukisan serba indah tersedia buat tatapan pengunjung yang hadir dalam acara tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang