BERGELAR isteri kepada pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin memberi kelebihan buat Nurida Suraya untuk sentiasa tampil cantik dan menarik.

Manakan tidaknya, daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki dijaga rapi baik busana yang tersarung pada tubuhnya sehinggalah kepada penampilan wajah.

Itulah tuah bersuamikan pereka tersohor yang cukup terkenal dalam kalangan kerabat sehinggalah kepada selebriti tanah air.

Baca ni ‘Untung Daddy pereka Fesyen.’ Sambut birthday Anak perempuan yang  ke-2, Rizman Reka khas baju tema barbie

Nurida

Pemilik nama sebenar, Nurida Suraya Mohd Suhaimi atau mesra disapa Nurida itu mengakui bertuah kerana suami tersayang banyak membantu terutama dalam penampilan diri.

Tatkala ditanya kelainan sebelum dan selepas berkahwin, tuan punya badan sambil ketawa mengakui banyak transisi yang berlaku pada dirinya.

“Kalau orang kenal saya dahulu dan kini, pasti mereka dapat rasakan perbezaan yang cukup ketara terutama bab penampilan diri. Sejujurnya saya seorang yang simple dan bukan jenis yang suka melaram.

“Saya lebih suka tampil dengan jean dan juga baju-T Berbeza selepas berkahwin, suami (Rizman) akan tentukan busana mana yang sesuai dan perlu dipakai terutama untuk menghadir satu-satu majlis,” ungkap ibu kepada anak perempuan bernama Rizqaa itu.

Baca lagi ‘Bunga abah, saya suka panggilan tu.’ Kongsi gambar baby, rupanya ramai tak tahu Syafiq Farhain kini bergelar ayah

rizman

MILIKI DUA PERSONALITI

Nurida yang ditemui dalam majlis sambutan ulang tahun kedua jenama tudung mereka iaitu RR Mono Scarves mengakui dirinya mempunyai ‘dua personaliti.’

“Jujurnya, saya ibarat ada dua watak atau personaliti. Satu isteri Rizman, manakala satu lagi diri saya sendiri. Ada hari kalau datang pejabat staf tahu itu diri saya yang sebenar atau isteri Rizman.

“Bahkan, mereka boleh perasan perbezaan sebab kalau diri saya itu cukup lain dan simple ‘look’ yang saya pilih, memang berbeza dan tak ‘cantik’,” seloroh wanita berusia 32 tahun itu lagi.

Pun begitu, beliau berterima kasih dan cukup bahagia kerana bersuamikan Rizman yang sangat memahami dan sentiasa mengutamakan keluarga.

Baca lagi ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

rizman

Malah, Nurida tidak menafikan, kelebihan bekerja di bawah satu bumbung memudahkan beliau ‘memantau’ pergerakan suami.

“Bukan bermaksud saya tidak percayakan beliau (Rizman). Cuma, saya suka kami bekerja bersama kerana saya tahu apa yang beliau lakukan setiap masa. Kalau awal-awal kahwin, saya tertanya-tanya apa suami buat sepanjang hari.

“Namun kini, ia memudahkan urusan saya terutama bab makan minum suami dan sebagainya. Pun begitu, kami cukup profesional di pejabat. Jika kena tegur atau marah saya tidak ambil hati. Pun begitu, apabila balik rumah, kami elak berbincang hal kerja,” ungkap wanita jelita itu lagi.

Menafikan diri dibayangi suami yang juga pereka dan pengasas jenama Rizman Ruzaini, Nurida selesa dan tidak terasa penat walaupun perlu sentiasa tampil cantik.

“Sebagai isteri, saya perlu memberi sokongan kepada apa yang suami lakukan. Ini termasuklah menjaga nama baik yang beliau sudah bina hampir 18 tahun. Setakat ini, saya selesa dan sudah membiasakan diri dengan situasi tersebut.

“Sementelah, saya sendiri secara peribadi sangat mementingkan kecantikan dan penampilan. Asalkan saya nampak elok itu sudah memadai,” ujar anak jati Kuala Lumpur itu.

Baca ni ‘Suami pendorong, bimbing & lorongkan jalan…’. Julia Farhana tampil berhijab sepenuhnya, jadikan Bella Dally idola berfesyen!

Rizman

Iklan

SELALU HAPPY RAHSIA CANTIK

Beliau juga tidak lokek untuk berkongsi tip penjagaan diri dan kecantikan tatkala diminta berbuat demikian oleh SinarPlus.

“Selain penampilan luaran, dalaman juga kena jaga. Sebab itu saya sangat titik beratkan soal pemakanan sihat bersenam. Apabila berpeluh memang nampak awet muda. Pada masa sama, tidur kena cukup selain amalkan minum air putih dan elak pengambilan air manis serta air sejuk.

“Paling utama kena happy selalu. Apabila kita stres atau sedih, itu akan terpancar pada wajah. Orang yang nampak cantik apabila selalu happy,” ujar beliau yang mengakui suaminya seorang yang kelakar.

 

Untuk tampil cantik dan anggun, pasti memerlukan modal yang besar. Itu tidak dinafikan oleh Nurida.

Baca ni ‘Pengorbanan terbesar untuk keluarga & anak.’ Perkongsian Eja undang sebak, dah masuk 50-an tetap cantik & anggun!

nurida

Iklan

Dedah beliau, Rizman tidak kedekut untuk mengeluarkan belanja untuk tujuan tersebut.

“Kita nak kelihatan cantik untuk siapa lagi kalau bukan untuk suami, kan? Jadi beliau lah yang kena keluar belanja sedikit. Tak salah, kan?

“Sejak awal lagi memang Rizman tak lokek berbelanja terutama untuk pastikan saya tampil cantik, bersiap dan menarik selalu,” ulas Nurida sebelum menutup perbualan dengan penulis.

Sumber Gambar: Instagram rizman.n & nuridasuraya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang