CUCUR udang kudapan yang disukai ramai. Diperap dengan yis dan digoreng rangup, kuih orang lama ini amat popular sebagai menu minum petang.
Bagi yang ingin mencuba kesedapan cucur udang, resipi mudah dikongsi Fatimah Saari ini boleh dicuba.
CUCUR UDANG
Bahan-bahan
850 gram tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar yis Mauripan [ BELI DI SINI]
Sedikit garam [ BELI DI SINI]
2 sudu besar gula
Kucai (RM1)
Tauge (RM1)
1/2 batang carrot (disagat)
Bawang merah (racik halus)
1 kiub ikan bilis [BELI DI SINI]
Air (secukupnya)
Cara penyediaan
1-Gaul tepung dengan garam, gula, yis, serbuk kunyit dan pati ikan bilis.
2-Masukkan sayuran. Gaul rata, tambah air dan telur.
3- Bancuh jangan cair sangat atau terlalu pekat.
4-Perap selama 30 minit.
5-Sebelum menggoreng panaskan senduk bulat dalam minyak supaya ia panas.
6-Sendukkan adunan dan letak seekor udang . Masukkan ke dalam minyak. Goreng api perlahan supaya cucur masak sekata luar dan dalam.
Menurut Fatimah, adunan ini boleh menghasilkan 50 hingga 60 biji cucur rangup dan gebu mengikut cara menggoreng masing-masing.
"Kalau nipis rangup lagi dapat banyak. Saya buat tebal-tebal.
"Saya tak guna soda sebab guna serbuk kunyit nanti jadi merah bila goreng. Lagipun bau soda menyebabkan cucur menyerap banyak minyak," katanya.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cucur manis viral rangup & lembut, guna 4 bahan jer. Gentel-gentel baru goreng. Simple & comel je!
Baca juga: Resipi jemput malas gebu mudah sangat, cecah dengan kuah lada kering memang padu
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!