Resipi jemput malas gebu mudah sangat, cecah dengan kuah lada kering memang padu

JEMPUT malas atau dipanggil ‘jeput malah’ atau ‘colek malah’ dalam bahasa Kelantan adalah kudapan yang disukai ramai.

Cucur sayur yang diperap dengan yis dan digoreng rangup ini amat popular sebagai menu minum petang.

Juga dikenali sebagai colek malas, syarat kelazatannya tidak hanya terletak kepada cucur sahaja.

Baca juga: Comel bulat-bulat, ini rahsia cekodok pisang elok kejadian

Kuah mesti padu barulah sedap dan terangkat!

Bagi yang ingin mencuba kesedapan jemput malas, resipi jemput malas dikongsikan Rozmaliza Omar ini boleh dicuba.

Tak banyak bahan diperlukan dan langkah penyediaannya juga sangatlah sempoi!

“Hari ni letak resepi jemput malas yang saya buat untuk potluck baru-baru ini.

“Nak buatnya pun senang kacau, perap sekejap dan terus goreng.

“Yang penting kuah mesti sedap baru kena dengan jemputnya. Jom tengok resepi,” kongsinya.

Baca juga: Resipi apam pisang 6 bahan paling mudah, super sedap, lembut dan gebu

JEMPUT MALAS / COLEK MALAS

Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]

1 genggam udang geragau [BELI DI SINI]

1 ikat kangkung

1/2 sudu makan yis [BELI DI SINI]

Sedikit garam [BELI DI SINI]

Sedikit serbuk kunyit [BELI DI SINI]

Bahan sampingan:
Keropok ikan yang telah goreng [BELI DI SINI]
Timun

Cara penyediaan
1. Masukkan tepung, kangkung yang telah dipotong kecil, udang geragau, yis, serbuk kunyit dan garam ke dalam mangkuk pengadun.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati.

3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat.

4. Perap adunan selama satu jam dan goreng dengan api sederhana besar.

5. Biarkan ia sedikit garing.

6. Angkat dan toskan minyaknya. Boleh dipotong kecil dan dihidang di atas pinggan.

7. Taburkan hirisan timun dan keropok yang diramas.

Baca juga: Cantik bulatnya! Ini resipi bebola keledek lembut di dalam rangup di luar

KUAH JEMPUT MALAS

Iklan

Bahan-bahan
6 tangkai cili kering [BELI DI SINI]

5 ulas bawang putih [BELI DI SINI]

Gula dan garam

1 keping gula nisan (BELI DI SINI]

1 senduk kecil cuka makan [BELI DI SINI]

Kacang tanah goreng ditumbuk kasar [BELI DI SINI]

Cara penyediaan
1.Kisar cili kering dan bawang putih hingga halus.

2.Masukkan ke dalam periu. Tambahkan air dan gula hingga ia berasa manis.

3.Letakkan juga garam dan cuka.

4.Kacau adunan kuah hingga mendidih.

Iklan

5.Masukkan nisan dan masak lagi hingga mendidih.

6.Kemudian masukkan kacang tanah goreng tumbuk.

7.Cuba dahulu masam manisnya. Setelah dimasak lama bolehlah tutup api.

8.Sedia untuk dihidang bersama jemput malas.

Selamat mencuba!

Baca juga: Jemput-jemput jejari ketam rangup, lembut di dalam simple & kenyang sesuai kudapan keluarga

Sumber: Rozmaliza Omar 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.