CUCUR manis ini pernah viral suatu ketika dahulu sewaktu negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19.

Banyak jenis menu yang muncul dan dikongsikan warga maya di media sosial, namun kuih itu antara yang merangsang orang ramai untuk mencubanya.

Di samping mudah nak buat, bahan yang digunakan juga cukup simple, hanya empat jenis sahaja.

Baca ni Resipi cucur ikan bilis lembut di dalam rangup di luar, bancuh dengan nasi kisar & 1 bahan ini

cucur manis

Pun begitu, hasilnya cukup mengamit selera anak-anak kecil, sementelah bentuk bulatnya yang comel-comel mengundang selera si kecil.

Jadi, bagi ibu-ibu yang buntu nak hidang apa untuk minum petang selepas ini, apa kata cuba menu tersebut.

SinarPlus kongsikan kembali resipi yang dimuat naik oleh Nur Al-Huda di laman sosialnya.

Baca lagi Tak sangka roti pun sedap dibuat cucur. Rangup dan lembut kejadiannya. Gerenti licin!

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum tanpa peluntur
2 cawan air panas
3 sudu besar gula (guna orcs (gula tebu organik) jadi kurang manis)
Secubit garam pink

cucur manis

Cara penyedian:
1. Gaul semua bahan dengan senduk sehingga rata. Hati-hati sebab panas.

Baca lagi Bancuh tepung ikut cara ini, barulah cucur kucai rangup di luar lembut di dalam. Resipi terpaling mudah tetapi sedap!

cucur manis
2. Sapu minyak masak pada tapak tangan untuk bulatkan adunan sebelum digoreng.
3. Goreng sehingga keemasan dan boleh dihidangkan.

Iklan

cucur manis

Baca lagi Resipi cucur ikan bilis viral rangup di luar lembut di dalam. Wanita ni kongsi tip jika nak hasilnya bulat-bulat comel!

Mengundang selera betul. Pekena pula dengan teh atau kopi waktu petang memang layan habis.

Ada juga yang gemar makan dengan susu manis atau sambal tumis jer. Kalau admin memang suka makan begitu sahaja.

Iklan

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang