'Tak ada tip bahagia, just go with the flow...' Adriana Adnan selesa kongsi kerjaya seni berbanding peribadi

Iklan
20231227_154656_0000

PENGACARA dan pelakon, Adriana Adnan, 28, kini sedang mengatur langkah melebarkan sayap seni ke Indonesia.

Hos program Hlive itu berkata, bagi merealisasikan impian tersebut, beliau menyambung pengajian selama dua bulan di sekolah lakonan di Jakarta.

Iklan
Iklan

"Sekarang ulang-alik dari Kuala Lumpur ke sana. Alhamdulillah, baru saja graduasi.

"Saya berharap dapat diberikan peluang menceburi industri perfileman Indonesia," katanya kepada Sinar Plus.

Iklan

Tambah Adriana, mempelajari seni lakonan di seberang antara inisiatif beliau untuk mengetahui selok-belok dunia seni negara tersebut.

Pada masa sama, ia membuka ruang bagi mengenali dan membina hubungan dengan pemain industri di sana.

Iklan

Baca juga:Ada hikmah di sebalik peristiwa disekolahkan; artis bermulut lantang, Nursyazwani lega ramai buka mata tentang

Mengulas mengenai perkembangan terkini kerjaya seni, menurut pelakon Emp4t itu, beliau masih lagi aktif dalam pengacaraan dan lakonan meskipun sibuk belajar.

"Saya masih lagi mengacara di Hello Doktor di TV3 setiap Ahad dan terlibat beberapa drama siri termasuk projek tahun hadapan, Suri Hati 2," katanya.

Baca juga:Tiada jalan pintas buat Adriana Adnan

Dalam pada itu, diminta untuk berkongsikan tip kebahagiaan dalam perkahwinan, Adriana yang merupakan anak kepada pengacara dan penyampai berita RTM, Datin Zamzarina Zambri mendedahkan tiada sebarang petua dalam melayari bahtera rumah tangga.

"Dah empat tahun kahwin, tak ada tip bahagia. Just go with the flow.

"Saya bersyukur kerana suami juga menyokong impian untuk melebarkan sayap ke Indonesia," ujarnya.

Baca juga:Adriana Adnan teruja tunggu filem pertama masuk pawagam

Jelasnya lagi, jarang meletakkan gambar suami di media sosial bukanlah termasuk dalam tip memastikan keharmonian rumah tangga terjaga.

Cuma beliau lebih selesa berkongsikan mengenai kerjaya seni berbanding cerita peribadi.

"Saya ada memaparkan gambar suami di stories Instagram, mungkin di reels tak ada. Kami selalu lakukan aktiviti bersama dan masing-masing akan tagged," katanya.

Untuk rekod, Adriana mendirikan rumahtangga bersama ahli perniagaan, Harez Hazim Azrin pada 31 Ogos 2019.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!