'Macam cerita Hindi, honeymoon satu famili ikut.' Syafiqa Melvin, suami & keluarga ikut trip naik bas raih perhatian

Iklan
ARZALIF- 2 (6)

BARU-baru ini Syafiqa Melvin selamat mendirikan rumah tangga kali kedua bersama jejaka pilihan, Azhar Othman.

Kakak kepada Syatilla Melvin yang merupakan Juara Gadis Melayu itu diijabkabulkan dalam satu majlis sederhana namun meriah.

Iklan
Iklan

Terbaharu, pengasas bersama jenama Kekasih itu berkongsi kegembiraan apabila telah pergi berbulan madu bersama suaminya.

Baca ni ‘Adik-beradik buat apa nak gaduh.’ Cipta hiburan dalam dunia kosmetik, Tilla dedah rahsia kejayaan The Melvins

Iklan

Lebih menariknya, pemergian pasangan sama cantik sama padan itu turut disertai oleh ahli keluarga yang lain termasuk anak-anak.

Iklan

Ibarat tidak boleh berenggang, ke mana sahaja bersama. Demikian juga dengan adik-beradik The Melvins itu. Lebih menyeronokkan adalah rombongan tersebut memaparkan gelagat masing-masing yang kelihatan teruja dapat menaiki bas.

Suasana lebih meriah dan riuh tatkala masing-masing menyanyikan lagu selamat pengantin baharu buat pasangan tersebut.

Baca juga ‘Kecil-kecil dah ada jawline, ikut ayahnya ni.’ Comelnya, hidung mancung.’ Syifa Melvin kongsi wajah anak raih perhatian ramai

 

ADIK-BERADIK RAPAT

Perkongsian video itu dimuat naik menerusi media sosial TikTok milik @themelvin.s dan @samtillakelate.

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa komen oleh warga maya yang menitipkan ucapan tahniah.

Baca lagi Syatilla Melvin dan suami kongsi hasil dekorasi bilik movie ala hotel raih pujian ramai. Lawa dan kreatifnya!

Bahkan, ada yang mengakui cukup kagum melihat hubungan mereka adik-beradik yang begitu rapat:

'Memang betul-betul meriah ni!.'

'Walaupun Azhar anak bongsu, masuk family kak long jadi abang long. Nampak matang sangat macam anak sulung pula.'

'Azhar memang sesuai jadi abang long. Matang dan melayan je kerenah adik-adik.'

Baca juga Bukan cakap kosong, adik-beradik The Melvins kini jutawan

'Bestnya dapat adik beradik macam ni.'

'Seperti cerita Hindi Hum Saath Saath Hain. Honeymoon satu famili ikut.'

'Ini bukan honeymoon, ini orang panggil family day dah ni.'

'Wah best...happy dan enjoy semua.'

'Bukan Honeymoon lagi dah ni, familymoon terus.'

Baca juga ‘Berlakon pandai & masak pun boleh. Sukanya konsep open kitchen tu.’ Shaheizy Sam tayang ruang dapur bikin ramai kagum

Sekadar makluman, Syafiqa yang juga bekas pengacara rancangan Bersamamu itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Namun jodoh mereka tidak panjang apabila suaminya menghembuskan nafas terakhir akibat kanser darah pada 27 Ogos 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata.

Seronok betul kan dapat adik-beradik satu kepala. Meriah bila dapt berkumpul ramai-ramai macam ni.

Sumber gambar: Instagram syafiqamelvin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang