'Adik-beradik buat apa nak gaduh.' Cipta hiburan dalam dunia kosmetik, Tilla dedah rahsia kejayaan The Melvins

A
A
A

KEAKRABAN tunjang kepada kejayaan The Melvins dalam memastikan produk KEKASIH yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran diterima ramai.

Meletakkan diri mereka sebagai wajah dan pengasas, produk yang menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, kini semakin dikenali dan berada dalam kelas tersendiri.

Baca ni Lancar inai harga 'rahmah', Che Ta mahu bantu 100,000 wanita jana pendapatan

Tagline Satu KEKASIH cukup ke? serta keriuhan empat beradik itu ketika membuat live di TikTok membuatkan khalayak terhibur.

Pekat dengan dialek utara dan saling berbalas cakap ketika mempromosi dan menjual produk, membuktikan betapa masing-masing komited dalam berniaga.

Tidak hairanlah, ramai pengikut setia empat beradik itu tidak melepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan setiap kali semuanya muncul dalam media sosial.

KEKASIH BERWAJAH BAHARU

Terbaharu, mereka tampil dengan rangkaian produk edisi RAYA KEKASIH iaitu kosmetik dan pelembap wajah.

Baca ni 'Mak ladang pahala & rezeki.'Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!

Ketika ditemui dalam majlis pelancaran tersebut, Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, edisi raya KEKASIH menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.

"Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu KEKASIH berwajah baharu. Ia menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan pelembab wajah. Macam kosmetik tu ada empat warna 'best selling' yang mana kami keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata dan pertama kali keluarkan pembayang mata.

"Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Jadi, memang terhad. Nama pun istimewa, jadi kami mahu semua pelanggan kena dapatkan segera," katanya.

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

BANGKIT SEMULA

Pada masa sama, Tilla dengan penuh kerendahan hati turut meluahkan rasa syukur kerana produk KEKASIH terus mendapat perhatian dan sokongan ramai pihak.

Menurut beliau, resipi kejayaan produk mereka adalah keberkatan hubungan adik beradik.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula adik-beradik. Justeru, akui Tilla, kadangkala timbul salah faham antara mereka. Namun, ia tidak berpanjangan dan kembali berbaik semula.

"Alhamdulillah, KEKASIH sudah empat tahun. Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan adalah hubungan akrab kami adik beradik. Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik.

"Sementelah kami kerap live di TikTok dan orang boleh tengok macam mana kami berniaga di situ. Kami bersatu dan itulah kekuatan kami," ujar beliau lagi.

Baca lagi Air basuhan beras jangan dibuang, boleh buat toner untuk dapat kulit putih bersih macam wanita Jepun

Mungkin ramai yang tak perasan, KEKASIH merupakan satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik.

"Mungkin produk dan kualiti sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia KEKASIH.

"Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh, fokus dan komited. Bukan sekadar hanga-hangat tahi ayam," kata beliau yang mengakui bukan mudah untuk sampai dan berada pada tahap sekarang.

Baca ni Wanita ini dedah petua tradisi hilangkan jerawat halus, jeragat & menutup pori guna ais tomato. Kulit pun jadi tegang & cantik

Seperti mana pengusaha lain, KEKASIH turut melalui episod hitam, lebih-lebih lagi ketika negara diserang dengan wabak tak terduga, Covid-19.

"Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Namun, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami rasa kena betulkan mana-mana yang kurang. Justeru, tahun keempat ini KEKASIH bangkit semula.

"Malah, segala kepahitan yang ditempuh sebelum ini memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk terus melangkah ke hadapan. Kami akan cuba perbaiki mana kurang untuk menjadi lebih baik," ungkap Tilla lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca