'Ini semua scam, jangan tekan link!' Neelofa dedah aktiviti scammer guna artikel palsu & gambarnya

Iklan
'Ini semua scam, jangan tekan link!' Neelofa dedah aktiviti scammer guna artikel palsu & gambarnya

SELEBRITI popular, Neelofa mendedahkan dirinya telah digunakan sebagai sebahagian daripada taktik scammer atau penipuan dalam talian.

Beliau dalam hantaran di Instagram mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan pautan (link) yang disebarkan di laman sosial itu.

Iklan
Iklan

Neelofa memaklumkan artikel palsu itu mendakwa beliau disaman oleh Bank Negara kerana membuat kenyataan tidak sepatutnya dalam program televisyen.

Iklan

"Tolong kalau ada sesiapa yang baca spnsored post (berita) yang kononnya dari The Star, ini semua adalah scam dan tolong jangan tekan link dalam artikel tu.

Baca juga: Duit dalam akaun lesap, Dynas kongsi kronologi wang simpanan hilang. 'Ingatkan guna kad debit lebih selamat tapi...'

Iklan

Baca juga: Hati-hati scammer curi duit dalam akaun bank, Che Nom kongsi tip elak ditipu

Ini adalah salah satu cara scammer cari jalan untuk meyakinkan orang di luar sana yang kononnya saya buat duit melalui link ini," ujar Neelofa menerusi video yang dimuat naik.

Baca juga: Kad kredit diguna ‘scammer’ RM4,000 lesap, wanita ini kongsi langkah dapatkan duit semula

Baca juga: Tular ditipu puluhan ribu scammer kerja part time, wanita dedah kronologi dan modus operandi, psiko mangsa sampai duit licin

Meninjau ke ruangan komen, sebahagian warga maya mengakui pernah membaca artikel palsu berkenaan dan mempersoalkan kesahihannya.

-"Allahuakhbar. Patut banyak keluar di Facebook."

-"Read the whole thing, and I was likw"Neelofa cakap macam ni? Takkanlah. Terus rasa scammer."

-"Hari tu saya nampak tapi saya tidak tekan langsung."

-"Kelmarin saya baru tengok. Bila check link, ala scammer. Senang jer nak cam."

-"Eiii jahatnya! Hati-hati semua, scammer makin kreatif sekarang."- Che Nom

-"Macam pernah tengok skrip ini. Scammer quoted from one of the controversial interview from oversea?

-"Orang buat apa sahaja supaya kita tekan link itu. Just hati-hati."

-"Allahuakbar.. Moga Lofa dan kita semua dilindungi daripada scammer."

-"Aduhaii bahaya betul sekarang, buatnya orang nak tekan link kan."

Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar telah menjadi mangsa membabitkan aktiviti scammer yang menggunakan taktik kad debit.

Dynas kehilangan hampir semua wang simpanannya menerusi tranksaksi yang melibatkan mata wang asing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!