Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

KAD kredit menjadi salah satu sasaran penipu dalam talian atau lebih dikenali sebagai ‘scammer’. Seperti yang terjadi kepada wanita ini, kad kreditnya telah digunakan oleh orang tidak dikenali melibatkan transaksi berjumlah RM4,000!

Walaupun penipuan dalam talian kerapa dilaporkan di media secara meluas, ‘scammer’ terus aktif melakukan aktiviti hingga menyebabkan ramai lagi individu yang menjadi mangsa.

Baca juga: Tinggal RM1.97, RM5,444 dalam akaun lesap angkara scammer. Berikut kronologi penipuan, hati-hati wanita!

Kerugian wang yang ditanggung pula bukan sedikit, malah ada yang mencecah jutaan ringgit kerana terpedaya dengan modus operandi si penipu yang licik.

Melalui perkongsian di Facebook, Dr Che Puteh Osman menceritakan pengalamannya menjadi mangsa penipuan dalam talian baru-baru ini.

“Baru-baru ini saya telah ditipu scammer. Mereka membuat empat jenis pembayaran menggunakan kad kredit saya sebanyak empat kali. Transaksi berjumlah USD200 setiap satu, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak USD$800! Jika ditukar kepada ringgit, nilainya mencecah RM4,000 ringgit.

“Nasib baik limit saya sikit, kalau banyak, entah-entah banyak lagi dia curi. Transaksi dibuat pada 22 Sept 2022, tetapi maklumat transaksi hanya dipaparkan di Maybank2u empat hari kemudian,” katanya.

Baca juga: Hati-hati scammer uri duit dalam akaun bank, Che Nom kongsi tip elak ditipu

Kredit foto : Pexels

Menurutnya, penipuan tersebut dilakukan ‘senyap-senyap’namun beliau pantas bertindak menghubungi pihak bank dan melakukan langkah untuk mendapatkan semula wang yang lesap.

“Tengah khusyuk mendengar syarahan, terkejut saya melihat transaksi yang berlaku tanpa pengetahuan. Saya terus menghubungi talian kad kredit Maybank dan menyatakan mengenai transaksi tersebut.

“Mereka block kad kredit berkenaan dan meminta saya mengisi dispute form. Selepas mengisi borang tersebut, saya menghantar e-mel ke alamat e-mel dalam borang tersebut. Mereka menyatakan jika billing bulan tersebut bermula, saya boleh memilih untuk membayar dahulu, atau membiarkan saja, dan jika ada interest, saya boleh mohon untuk dipulangkan kembali,” kongsi Dr Che Puteh.

Katanya, setelah dua minggu, akhirnya permohonan beliau diluluskan dan apabila beliau memeriksa tansaksi kad kredit, jumlah tersebut dipulangkan.

Dalam pada itu, Dr Che Puteh berkongsi kepada warga maya agar selalu memeriksa akaun kad kredit bagi mengelakkan transaksi berulang.

“Jika mempunyai akaun kad kredit, mesti selalu menyemak sejarah transaksi. Saya pernah kena cas tiga kali di sebuah restoran. Saya sudah tegur, pihak restoran kata tidak cas.

“Saya simpan resit,dan bila ada sejarah transaksi beberapa hari kemudian, saya menelefon restoran berkenaan untuk membetulkan hal yang berlaku,” kongsinya.

Rupanya ‘panjang akal’ sungguh penipu dalam talian, senyap-senyap buat transaksi hingga berkali-kali. Justeru bagi anda pengguna kad kredit, diharapkan perkongsian ini boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan diri daripada ditipu dan mendapatkan kembali wang yang ‘lesap’.

Baca juga: Cara baru scammer sasar pembeli online. Ini 5 langkah lindungi diri

Facebook Amaran Scammer berkongsi ‘scammer’ kini semakin licik. Malah iklan penipuan mereka juga boleh jadi amat meyakinkan sehingga memperdaya mangsa.

Antaranya dengan cara menggunakan aplikasi mudah alih palsu (penipuan APK) untuk mencuri wang dengan cara berikut;

Iklan

1. Penipu akan mengiklankan produk atau perkhidmatan pada harga luar biasa murah melalui media sosial.

2. Apabila mangsa menekan pautan pada iklan, tindakan itu akan menghalakan mangsa ke aplikasi mesej.
3. Mangsa akan diberikan pautan melalui mesej palsu untuk memuat turun aplikasi (dengan format .APK) yang kononnya digunakan untuk tujuan pembayaran.

4. Mangsa memuuat turun dan memasang fail APK dalam telefon.

5. Tanpa disedari, mangsa memberikan kebenaran kepada aplikasi apk untuk mengakses SMS. Beginilah cara menipu mendapatkan nombor keselamatan TAC anda.

6. Aplikasi ini juga akan membawa mangsa ke laman web perbankan yang palsu. Kemudian, mangsa akan mendedahkan maklumat perbankan kepada penipu tanpa sedar.

7. Penipu melakukan transaksi tanpa kebenaran menggunakan maklumat perbankan dan nombor TAC mangsa.

Bagaimanapun, perkara ini boleh dielakkan dengan tidak memuat turun aplikasi selain daripada mana-mana platform aplikasi rasmi telefon pintar anda, contohnya Google Play Store, Apple App Strore atau Huawei AppGallery.

Iklan

Jika anda mengesyaki telah memuat turun aplikasi hasad (malware), sebagai contoh fail APK, bertindak segera. Buang aplikasi berkenaan dan tukar laluan akaun bank anda.

Laporkan sebarang transaksi yang mencurigakan kepada pihak bank dan buat laporan polis bagi membantu siasatan.

Baca juga: Elak jadi mangsa scammer, ini cara mudah semak penipuan sebelum buat pembayaran

Sumber: Facebook Che Puteh Osman, Amaran Scammer

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.