PELAKON Dynas Mokhtar berkongsi pengalaman buruk selepas wang simpanan dalam akaun bank ‘hilang’ dan jumlahnya hampir kosong.

Berkongsi menerusi sosial media Instagram, Dynas menjelaskan hanya menyedari kehilangan wang tersebut ketika beliau ingin membuat bayaran gaji pembantu peribadinya.

“Selepas habis penggambaran beberapa hari sebelum ini, saya ingin membayar gaji PA dan baru sedar hampir semua duit hilang.

“Saya hanya ada kad debit dan tak pernah ada kad kredit. Ingatkan guna kad debit lebih selamat kerana kita tidak berhutang.

“Selepas semak penyata bank, rupanya ada transaksi daripada mata wang asing seperti dolar Hong Kong,” ujarnya.

Pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar itu berkata perkongsiannya adalah bertujuan mewujudkan kesedaran sekali gus mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada orang lain.

Dalam masa sama, Dynas juga menasihatkan orang ramai untuk menyimpan wang di tempat lebih selamat di samping meningkatkan tahap keselamatan serta memohon doa orang ramai agar beliau berjaya mendapatkan semula wang yang hilang.

“Sekarang bukan hanya klik pautan tetapi nombor kad debit juga perlu berhati-hati. Kalau orang tiru kad awak, habis.

“Ini simpanan dan itu sahaja yang ada. Kononnya tidak mahu berhutang tetapi semua wang tunai hilang.

“Careful guys! Don’t need to answer any calls , don’t need to click any links , did not give my bank card to anyone and money can still disappear. Pray I get it back,” ” tuturnya lagi.

Tidak hanya kepada Dynas, rupanya kegiatan jenayah itu sedang berleluasa. Dalam hantaran Instagram terbaru, Dynas juga memaklumkan perkara sama turut terjadi kepada orang lain.

“Semasa saya berada di balai polis ada seorang lagi yang turut membuat laporan di balai polis.

“Beliau juga mangsa kehilangan wang dalam talian,” kongsi Dynas.

Rakan selebriti dan warga maya yang bersimpati dengan situasi menimpa pengacara itu mendoakan agar wangnya semula berjaya diperolehi semula.

Tidak kurang yang berkongsi pengalaman berhadapan situasi yang sama.

Baca juga: Hati-hati scammer curi duit dalam akaun bank, Che Nom kongsi tip elak ditipu

Baca juga: Kad kredit diguna ‘scammer’ RM4,000 lesap, wanita ini kongsi langkah dapatkan duit semula

Baca juga: Tular ditipu puluhan ribu scammer kerja part time, wanita dedah kronologi dan modus operandi, psiko mangsa sampai duit licin

– “What do you mean Hopefully you can get it back? Its not even your fault, its your savings, you WILL get it back. ” -Awal Ashari

– “Ya ALLAH, I’m sorry to hear this. Hope you get back all your money.”- Janna Nick

– “Sorry to hear this, that’s horrible!! I really hope u’ll get your money back Dynas!”- Farahdhiya

– “I always sharing about this, jangan letak banyak cash dalam saving atau current account bank biasa, senang kena scam. Moga dipermudahkan urusan Dynas”

– “Thanks for sharing dear. Tak berhutang dan cashless tetapi apabila duit hilang dalam account nightmare sungguh. Semoga ALLAH bantu mudahkan urusan you Dynas.”

Baca juga: Cara baru scammer sasar pembeli online. Ini 5 langkah lindungi diri

Baca juga: AWAS! Jangan sekali serah kod pengesahan enam digit WhatsApp, itu scammer!

Iklan

PANDUAN ELAK MENJADI SASARAN SCAMMER

Kementerian Kewangan Malaysia mengingatkan pengguna perbankan dalam talian agar tidak berkongsi nombor OTP, TAC⁣ atau pin.

“Sentiasa berwaspada apabila menerima pesanan SMS atau sebarang pesanan/panggilan dari nombor atau pihak tidak dikenali,” katanya.

Golongan wanita juga tidak terkecuali dan berpotensi menjadi mangsa taktik licik penjenayah siber ini.

Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan, kekalkan sebarang sms atau mesej daripada scammer. Sebarang bukti interaksi atau mesej dengan pihak mereka boleh dijadikan bukti semasa membuat laporan polis.

Jangan mudah tertipu dan buat laporan jika anda menjadi mangsa. Jika ragu-ragu, hubungi CCID Scam Response Centre melalui talian 03-2610 1559/1599 atau BNMTELELINK menerusi talian 1-300-88-5465.

Selain itu, lakukan perkara berikut untuk mengelakkan diri menjadi mangsa:

Iklan

-Jangan muat turun aplikasi selain dari Google Play Store.

-Pastikan alamat laman web (URL) bank adalah betul, misalnya : ‘https://www.maybank2u.com.my’.

-Apabila memasukkan username, pastikan phrase dan gambar anda adalah betul sebelum memasukkan kata laluan. Contoh phrase seperti dalam gambar di bawah.

Sumber: Instagram Dynas, Kementerian Kewangan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!