Kongsi alahan bersama suami, Shila Amzah teruja dilayan Ubai bak princess. 'Dulu urus sendiri, sekarang suami support.'

Iklan
ARZALIF-3 (52)

UMUM mengetahui, penyanyi terkenal Shila Amzah kini sedang mengandung anak keduanya.

Berkongsi cerita kehamilan yang memasuki trimester kedua itu, pemilik nama sebenar, Nurshahila Amir Amzah memberitahu suaminya, Ubai yang terlebih dahulu mengalami alahan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini saya tidak mengidam benda yang pelik-pelik, cuma saya dan Ubai sama-sama alahan (morning sickness).

Baca ni ‘Seth nak jadi abang, sebaknya.’ Shila Amzah dan suami umum bakal bergelar ibu bapa

Iklan

"Kalau diikutkan, beliau (Ubai) yang terlebih dahulu mengesan saya hamil memandangkan dia yang rasa mual-mual. Sampai satu tahap, terpaksa berhenti tepi jalan kerana tidak boleh memandu. Selain itu, kalau dia sakit belakang, tidak lama kemudian saya pula mengalaminya.

Iklan

"Waktu Ubai cakap mungkin saya hamil, namun sebab fikirkan banyak kerja yang perlu diselesaikan, saya cuba menafikannya. Rupa-rupanya telahannya betul," ungkap Shila ketika ditemui dalam majlis resepsi penyanyi dan komposer, Amylea Azizan dan suami baru-baru ini.

LAYANAN BAK PRINCESS

Pelantun lagu Patah Seribu itu bagaimana pun cuba memastikan alahan yang dialami tidak serius memandangkan ia boleh memberi kesan kepada peti suaranya.

Baca ni Suami dedah sisi Shila Amzah yang ramai tidak tahu, kisahnya meruntun hati

"Kalau kerap muntah boleh beri kesan pada suara. Jadi seboleh mungkin, saya akan cuba menahan diri dengan mengambil makanan masam untuk potong rasa loya atau menggunakan minyak angin.

"Kalau diikutkan, kehamilan kali ini cukup berbeza dengan anak sulung, Seth. Manakan tidaknya, dahulu semua benda saya kena uruskan sendiri. Kali ini, ada suami yang bukan sahaja banyak support malah sentiasa di sisi selain bantuan rakan-rakan serta orang sekeliling," ujar Shila penuh kesyukuran.

Mengakui dirinya turut diserang anxiety, anak sulung daripada empat beradik itu bersyukur Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli banyak membantunya melalui situasi tersebut.

Baca lagi ‘Saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.’-Ubai

"Beliau (Ubai) selalu pesan jaga diri dan elak memikirkan benda-benda negatif atau perkara yang boleh mengganggu fikiran saya. Alhamdulillah, saya dapat 'ketenangan' itu.

"Lebih istimewa lagi, saya mendapat layanan bak 'princess' daripada suami sepanjang tempoh ini," jelas Shila lagi.

Baca juga Akhirnya, Shila Amzah sah milik Ubai dengan sekali lafaz. Terima mas kahwin RM20,000, wang hantaran dirahsiakan

BABY ENGGAN TUNJUK

Mengakui sudah mengetahui diri berbadan dua ketika menyertai Famili Duo, anak kelahiran Kuala Lumpur itu bagaimana pun punya sebab tersendiri kenapa memilih untuk tidak menghebahkannya.

"Waktu itu semua orang tahu saya mengalami pelbagai dugaan dan itu salah satu sebab kami merahsiakan hal tersebut (kehamilan). Pun demikian, pihak produksi tahu memandangkan ini berkaitan dengan komitmen kerja," ujarnya lagi.

Baca juga ‘Sarat rindu pada arwah suami, sedihnya tengok.’ Momen perpisahan Ina Naim & jirannya bikin ramai sebak!

Baca juga Waspada wanita dianggap kakak, adik, anak atau sahabat, pengalaman ditipu, ibu Shila Amzah titip nasihat

Ditanya jantina anak dalam kandungannya, akuinya sehingga kini mereka suami isteri belum mengetahuinya.

"Kami tidak kisah lelaki atau perempuan janji sihat. Cuma itulah, sudah pergi buat scan, tapi baby enggan tunjuk. Dia asyik kepit kakinya," dedah Shila sambil tertawa.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang