KISAH berkenaan keluarga penyanyi Shila Amzah berkaitan kediaman menjadi perhatian warga maya. Isu ini benar-benar mengundang air mata dan mendedahkan kepada dunia realiti beban yang ditanggung insan bergelar anak sulung.

Tiada siapa diminta dilahirkan sebagai cahaya mata sulung keluarga. Namun, masyarakat kita sering membebankan individu bergelar anak sulung dengan pelbagai tanggungjawab untuk dipikul.

Seperti dalam kisah Shila Amzah, pendedahan suaminya, Ubai MZ atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli membuka mata ramai tentang kehidupan penyanyi itu sebagai anak sulung dalam keluarga.

Bibir Merah juga juga mengikutnya dan bersimpati. Ujar Ubai, pelantun Patah Seribu itu menyara famili sejak kecil dan menanggung hutang mencecah ratusan ribu ringgit pada usia yang muda.

Baca juga: Akhirnya, Shila Amzah sah milik Ubai dengan sekali lafaz. Terima mas kahwin RM20,000, wang hantaran dirahsiakan

Tidak hanya kewangan, ujar Ubai fizikal dan emosi suri hatinya itu juga dianiaya.

“Bekerja seawal usia 10 tahun. Tidak pernah pegang duit, kad bank dan kad pengenalan sendiri sehingga usia 28 tahun. Berkahwin atas pilihan keluarga.

“Mental dan fizikal abuse dalam tempoh tiga tahun perkahwinan. Menanggung bekas suami, bercerai dan trauma. Mulakan hidup baru selepas bercerai dengan menanggung hutang keluarga ratusan ribu. Hutang berjaya dibayar dan kini masih tanggung keluarga,” kongsi Ubai menerusi laman X miliknya.

Jelas Ubai, tanggungjawab berat digalas Shila ditanggung wanita itu seorang diri. Katanya  anak sulung daripada empat adik-beradik itu ‘diperah’ hingga kesihatan mental dan fizikal terabai.

“Dia sendiri, tiada yang membantu. Baik keluarga mahupun orang lain. Ramai yang cerca dan hina.

“Hanya dia tahu apa yang dilalui sepanjang 33 tahun kehidupan. Tiada tempat untuk berkongsi. Jika dikongsi tiada siapa yang endah.

“Malah lebih dikerah untuk bekerja dan bekerja. Setiap bulan pasti ada saja yang perlu dibayar dan ditunaikan. Segala hasil titik peluh, perlu dahulukan keluarganya. Tiada alasan yang boleh diberikan, sebab ‘itulah tugas seorang anak sulung, jangan jadi anak derhaka.’

“Kesihatan mental dan fizikalnya tiada siapa yang tahu dan peduli. Trauma yang dihadapi, perlu dilupakan dengan cara paksa kerana itu saja pilihan yang dia ada. Ya, paksa,” titip Ubai.

Baca juga: Ikatan 34 tahun berakhir penceraian, ND Lala, isteri sah berpisah

Merungkai kisah perkahwinan pertama Shila yang dikatakan diatur keluarga, Ubai menyatakan simpati.

“Gagal dalam perkahwinan pertama, dia mulakan kehidupan baru di perkahwinan keduanya. Itu juga tidak mudah untuk dia.

“Dikurniakan rezeki mendapat insan dan keluarga baharu yang mendengar kisah kehidupannya tetapi nikmat itu hanya sebentar. Dia kehilangan ibu mentua dan adik iparnya.

“Seminggu sebelum bertunang, kehilangan adik ipar. Beberapa hari sebelum bernikah, kehilangan ibu mentua.

“Saya sangka kehidupan saya sudah cukup mencabar dah penuh dugaan, ternyata ada yang lebih besar oleh orang lain. lni kisah seorang wanita hebat yang saya kenali,” kongsi Ubai.

Baca juga: ‘Asalkan itu yang terbaik buat dirinya’- Komen Syada Amzah dengan pilihan kakak. Bakal ikut jejak Shila tak lama lagi

Bibir Merah juga mengikuti penstriman langsung Shila baru-baru ini. Penyanyi berusia 33 tahun itu meluahkan rasa kasihan kepada Ubai.

Usia perkahwinan baharu dua bulan namun Shila rasa bersalah lelaki itu perlu menghadapi konflik keluarganya.

“Saya kasihan kepada Ubai dan rasa bersalah kerana berkahwin dengan saya serta masuk ke dalam keluarga macam ni.

“Saya tahu dia terkesan tapi dia berkali-kali cakap kali ini saya tidak keseorangan.

Iklan

“Jadi, benda ini sedikit sebanyak membuatkan saya lega. Sebenarnya saya sudah tidak kuat,” ujar Shila.

Baca juga: Lagi seminggu je mak, selamat majlis. Ubai luah Shila Amzah kehilangan bakal ibu mentua

Sebelum ini adik bongsu Shila, Syada Amzah menerusi Insta Story mendedahkan individu tidak dikenali muncul secara tiba-tiba untuk meninjau kediaman didiami keluarga.

Kehadiran individu berkenaan mencetuskan tanda tanya memandangkan pihak keluarga tidak pernah meletakkan notis untuk menjual rumah berkenaan.

Selain itu, penyanyi berusia 25 tahun itu mendedahkan bakal dihalau keluar dari kediaman.

Shila kemudian menafikan dakwaan menghalau adik-adiknya dari kediaman itu. Ujarnya. tujuan menjual rumah berkenaan adalah kerana ingin mencari kediaman yang lebih selesa untuk ibunya.

Isu berkenaan berlarutan apabila adik lelaki Shila, Amir Syafiq mendakwa Shila tidak mengadakan perbincangan awal sebelum menjual rumah berkenaan.

Iklan

Baca juga: ‘Saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.’Ubai

Malah anak kedua Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman itu percaya Shila menjual kediaman tersebut kerana nilai pasaran yang tinggi.

Malah, dakwa Amir Syafiq, kediaman tersebut adalah rumah pusaka.

Bibir Merah berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Duduk bersemuka dan berbincanglah. Boleh juga menggunakan khidmat orang tengah untuk berdamai.

Anak sulung bukanlah perlu menanggung keluarga seratus peratus. Dalam perihal berbakti kepada keluarga, sesama adik-beradik pikul tanggungjawab bersama-sama ya. Jangan ada yang culas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!