Rupa-rupanya sabun buku tak sesuai letak dalam tangki flush. Wanita ini kongsi sebabnya yang ramai tak tahu!

Iklan
tandas 1

BETUL ke ada yang letak sabun buku dalam tangki flush? Jawapannya memang ada.

Malah, tip itu pernah dikongsikan menerusi media sosial sebelum ini bertujuan untuk mendapatkan tandas yang wangi.

Iklan
Iklan

Tidak dinafikan, kebersihan dan keharuman bilik air antara faktor yang cukup dititikberatkan kaum wanita terutama ibu-ibu di rumah.

Justeru, pelbagai tip atau petua dicuba bagi. Pun demikian, tidak semua yang dikongsikan itu sesuai. Bahkan, boleh mengundang masalah.

Iklan

Baca lagi ‘Tahan sakit perut sampai pergi sekolah.’ Throwback kisah tandas zaman kanak-kanak, Perkongsian kakak Aliff Syukri raih perhatian!

Iklan

Berkenaan tip untuk pastikan mangkuk tandas sentiasa wangi dan bersih dengan menggunakan sabun buku, seorang pengguna Facebook, Syahirah Omar berkata, kaedah itu boleh menyebabkan masalah pada ekosistem air dan saliran.

"Baru-baru ni viral satu perkongsian di Tiktok, ada bagi tip bagaimana nak toilet bowl sentiasa wangi, dan bersih. Caranya dengan memasukkan sabun buku dalam tangki flush.

"Dan hasilnya memang berbuih la mangkuk tandas,"ujarnya.

Baca lagi Murah & harum! Ini cara DIY pewangi tandas bau kayangan

 

BIL AIR TINGGI

Hakikatnya, ramai tak tahu amatlah tak bagus buat begitu. Cara itu sangatlah tak baik untuk ekosistem air dan saliran.

"Bila terlalu banyak sabun dalam tangki flush tu, kesannya boleh membunuh mikroorganisma yang sepatutnya bertugas dalam proses penguraian dalam loji kumbahan. Maksudnya tak ada bakteria dan kulat baik yang boleh mereputkan najis.

 

"Hasilnya najis kekal bentuk begitu. Maaf sedikit jijik. Tapi saya nak cerita je apa kesannya.

"Saya terbaca juga kesan buruk lain. Antara sebab lain kenapa tak boleh buat begitu, rubber seal dalam tangki flush tu akan cepat rosak dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.

"Semuanya disebabkan tindak balas kimia yg ada pada sabun tersebut menyebabkan air akan terus mengalir ke dalam tandas seterusnya bil air kalian akan tinggi. Terpaksalah kalian mengeluarkan kos nak repair pula," jelasnya lagi.

Baca juga [20 FOTO] Rumah Dian Sastrowardoyo tular, ruang kerja seperti pejabat Dumbledore, ada buku di tandas

Beliau dalam pada itu berkongsi tip bagi memastikan tandas sentiasa bersih, wangi dan rapi.

"Dulu saya cuci tandas seminggu sekali. Tapi sekarang saya biasakan diri cuci tandas setiap kali gunakan. Kalau mandi, terus disiplinkan diri sental tandas. Kalau jamban kalian asing, asal membuang, teruslah berus toilet bowl tu.

"Jadi bila kerap mencuci, tak la teruk berlendir berlumut lantai sampai licin bila pijak, kan? Tak payah spend masa yang lama pun sebenarnya. Sekejap je mencuci setiap kali penggunaan tandas," ujar beliau lagi.

Bagi SinarPlus, bukan susah pun nak jaga kebersihan tandas sebenarnya. Nah, admin kongsikan satu tip untuk wangikan bilik air anda.

Selain  lebih-dapat membantu menghilangkan bau yang tidak enak, cara ini juga menjimatkan berbanding anda membeli pewangi yang dijual di pasaran.

Menariknya, perkongsian Azzirarazak ini hanya menggunakan barangan terpakai di dalam kediaman anda sahaja, tetapi hasilnya pasti memuaskan hati anda.

TIP DIY pewangi bilik air cara mudah

Bahan-bahan:

Span

Pewangi

Cawan kosong

Cara-cara:

  • Gunting span bentuk dadu.
  • Masukkan ke dalam cawan.
  • Campurkan pewangi.
  • Letak dalam bilik air

Cukup mudah dan ringkas sahaja caranya kan. Malah, bahan yang digunakan pun ada dalam rumah anda. Paling penting, tak perlu nak keluarkan modal yang banyak semata-mata nak harumkan bilik air anda.

Bukan itu sahaja, ruang tersebut juga akan menjadi wangi sepanjang masa.

Selamat mencuba!

Sumber: Azzirarazak/Lemon8

Baca lagi Saya cuci tandas untuk cari duit poket – Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang