SIAPA tidak kenal bintang tersohor ‘Ada Apa Dengan Cinta’ iaitu Dian Sastrowardoyo. Biarpun popular, dia jarang berkongsi hal-hal peribadi di laman sosial.

Baru-baru pemilik Instagram @biasalahanakmuda berpeluang mengunjungi kediaman aktres Indonesia itu. Pendedakan beberapa foto sekitar sudut kediaman Dian menjadi tular.

Rumah yang didiaminya Dian Sastro sekeluarga ternyata mempunyai reka bentuk dalaman yang sangat indah. Manakala pilihan warna dan perabot kelihatan serasi, menyejukkan mata memandang.

Baca juga: Dian Sastrowardoyo dedah wajah anak, kongsi 7 ciri-ciri anak autisme

“Hai semua teman-teman. Akhirnya tiba juga hari yang ditunggu-tunggu. Selamat datang ke rumah aku. Mari kita mengkaji bersama-sama,” tutur Dian mengalu-alukan.

Menerusi paparan foto, ruang landskap kediaman Dian luas dan menghijau manakala ruang tempat letak kereta dijadikan kawasan tempat anak-anaknya bermain.

Rekaan luar kediaman itu menghijau dengan penggunaan dinding bata polos menghidupkan aura studio Ghibli yang sebati bagi pencinta ‘anime’ atau kartun Jepun.

Pintu dan tingkap diperbuat daripada kayu dicat biru. Pelbagai tanaman hiasan dan bunga disusun sebegitu rupa sehingga membuatkan rumah ini terasa ‘rendang’ dan cantik.

Koleksi buku dan pinggan tersusun cantik membuatkan rumah ini bertambah cantik. Tidak hanya lukisan yang indah, piring juga turut menghiasi ruang dinding.

Warna biru, hitam, dan hijau yang sinonim dengan warna rumah dalam kartun Studio Ghibli ditemui di rumah Dian Sastro. Ia boleh dilihat daripada pemilihan perabot dan kemasan lembut.

Antara yang menarik perhatian ialah perpustakaan dan ruang kerja Dian. Pintu dan susun aturnya seakan-akan pejabat pengetua sekolah sihir Hogwarts, Albus Dumbledore di dalam filem Harry Potter.

Ruang dapur Dian cerah dan menyegarkan dengan binaan bumbung dan dinding kaca berbingkai.

Memasuki ruang tandas, tidak hanya barangan penjagaan diri diletakkan di sana. Dian turut meletakkan buku sebagai bahan bacaan.

Iklan

Tidak hanya menunjukkan ruang yang kemas, aktres itu kerana dia turut mempamerkan ruang berselerak seperti bekas makanan tanpa penutup.

Warga maya di Twitter memuji dekorasi rumah Dian dan menjadikan ia inspirasi dalam menata kediaman sendiri.

-“Rumah impian saya ialah banyak terbinanya rak yang penuh dengan buku, pokok dalam rumah dan pintu rahsia ke perpustakaan.”

-“Syurga pencinta buku.”

-“Suka melihat ruang kerjanya.”

Iklan

-“Ruang rumahnya pun sudah natural esthetic.”

Dian atau Diandra Paramitha Sastrowardoyo, 40, mendirikan rumah tangga dengan Maulana Indraguna Sutowo pada 18 Mei 2010.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo, 11, dan Ishana Ariandra Nariratana Sutowo, 9.

Antara filem dibintanginya ialah ‘Pasir Berbisik,’ ‘Ada Apa Dengan Cinta?’ dan ‘Ungu Violet.’ Dian juga membuat penampilan istimewa di dalam filem epik Puteri Gunung Ledang dengan memainkan watak gadis Melaka.

Baca juga: [VIDEO] Reaksi Cristiano Ronaldo, manusia pertama miliki 400 juta pengikut di Instagram

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Instagram @biasalahanakmuda