Wanita 21 tahun temu jodoh legenda dikir barat Anak Tupai 64 tahun, syukur isteri pertama restu

Iklan
Wanita 21 tahun temu jodoh legenda dikir barat Anak Tupai 64 tahun, syukur isteri pertama restu (1)

JARAK usia 43 tahun bukan halangan buat Nurul Farhana Asyikin, 21, menerima legenda dikir barat, Halim Yazid, 64, yang terkenal dengan lagu Anak Tupai mengecap bahagia.

Diijab kabul pada 8 November 2022, wanita itu tulus menerima Halim yang merupakan bapa kepada lapan cahaya mata.

Iklan
Iklan

Menurut Halim yang merupakan pesara Universiti Malaya, percintaannya Nurul Farhana bermula apabila wanita itu pernah menjadi pengasuh anak sepupunya. Hubungan itu lebih erat selepas masing-masing berkenalan di laman sosial.

Baca juga: Suami lahir 1970, isteri 2004, wanita mohon petunjuk sebelum kahwin kenalan ayah berbeza usia 34 tahun

Iklan

Baca juga: Jarak usia 57 tahun, belum pernah bertemu, wanita 20 tahun sedia kahwini warga emas 77 tahun

Iklan

Pendikir barat yang berasal dari Kampung Changgai, Pasir Puteh itu menzahirkan kesyukuran perkahwinan poligami direstui isteri pertama. Bagaimanapun, kedua-dua isterinya itu tidak pernah bertemu biarpun tinggal dengan jarak tiga minit sahaja di Salak Tinggi, Sepang.

Baca juga: Perbezaan usia bukan penghalang, Esma Daniel nikah buat kali ketiga

Baca juga: Beza usia 62 tahun, lelaki 90 tahun kahwini bekas kakak ipar 28 tahun

Baca juga: Beza usia 30 tahun, Ki Daus kongsi kisah bernikah dengan gadis pilihannya

"Isteri pertama dan kedua tidak pernah bergaduh dan tidak berbaik, mereka tidak berjumpa dan memang tidak bergaduh,"ujarnya yang menyambut kelahiran anak pertama bersama Nurul Farhana enam bulan lalu.

Kisah pasangan berbeza usia Halim dan Nurul Farhana menjadi perhatian para peminat. Rata-rata mendoakan agar mereka berbahagia.

-"Ini dinamakan cinta sejati."

-"Alhamdulillah tahniah. Moga berbahagia till jannah."

-"Jodoh di tangan ALLAH, semoga berbahagia buat Halim Yazid."

-"Jodoh tak kenal usia dan rahsia dan ketetapan Yang Maha Esa, semoga berbahagia."

Sumber: Harian Metro, MStar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!