BEZA usia 62 tahun bukan penghalang pasangan ini mendirikan rumah tangga. Lelaki berusia 90 tahun mengahwini bekas kakak ipar 28 tahun menjadi bualan ramai.

Masyarakat kita sering memandang serong terhadap golongan wanita atau lelaki yang lebih berusia yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pasangan yang jauh lebih muda daripada mereka.

Perbezaan usia yang besar di antara pasangan sering dianggap tidak mampu kekal lama namun sebenarnya banyak saja pasangan yang mampu mengecap bahagia. Pendek kata, jarak usia bukanlah penghalang untuk membina sebuah ikatan yang kukuh dan mampu kekal selamanya

Baca juga: Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan. Ramai yang ternganga

Seperti lelaki warga emas 90 tahun di Sulawesi Tenggara yang bernama Haji Paduai mengahwini seorang wanita yang 62 tahun lebih muda.

Tambahan pula, si isteri Shintia, 28, adalah mantan kakak ipar Paduai iaitu kakak kandung bekas isterinya, Shinta, 25.

Baca juga: Lelaki 18 tahun kahwini wanita 71 tahun, bahagia sambut ulang tahun ke-6

Difahamkan Paduai yang dan Shinta pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 namun mahligai perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga bulan sahaja sebelum berpisah.

Shinta mengakui berasa terkejut apabila mendapat tahu bahawa bekas suaminya itu menjalinkan hubungan cinta dengan kakak sendiri.

“Saya tidak tahu sejak bila mereka rapat kerana saya tidak berada di kampung kerana sedang mencari kerja.

Baca juga: Dilema wanita kahwini lelaki jauh lebih muda

Iklan

Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai masalah jika kakaknya berkahwin dengan bekas suaminya itu, malah dia turut berasa bahagia melihat pasangan berkenaan.

“Iya, betul ada pernikahan Haji Paduai mantan suami dengan kakak saya. Tak ada masalah,” ungkap Shinta kepada Detik.

Difahamkan pasangan terbabit melangsungkan perkahwinan pada 14 Jun 2022. Malah majlis terbabit turut dihadiri oleh Shinta sendiri.

Berkahwin dengan pasangan yang mempunyai jurang usia yang besar bukan penghalang mengecap rumah tangga mendamaikan.

Baru-baru ini SinarPlus berkongsi kisah seorang wanita dikenali dengan nama Via bertemu jodoh dengan lelaki berbeza umur 47 tahun. Gadis itu turut menerima wang hantaran berjumlah 500 juta rupiah (RM149,964.64) selain hadiah berupa rumah dan kereta mewah.

Iklan

Baca juga: Tidak mampu menolak lamaran, lelaki Congo kahwini isteri kembar tiga serentak raih perhatian dunia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan