'Korban aktiviti disukai takut tak lekat.' Usaha pelbagai cara, Janna Nick tertekan belum mengandung

Iklan
'Korban aktiviti disukai takut 'tak lekat'.' Usaha pelbagai cara, Janna Nick tertekan belum mengandung (1)

SETIAP pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat. Ada yang dikurniakan rezeki cahaya mata cepat namun tidak kurang yang perlu menunggu. Pelakon Janna Nick mengakui sedang melalui melalui fasa sukar apabila belum hamil.

Lapan bulan mendirikan rumah tangga, Janna mendedahkan masalah yang membelenggu.Menerusi hantaran di TikTok, pemilik nama Nurul Jannah Muner itu berkongsi jawapan warga maya yang membuat andaian beliau sudah berbadan dua susulan tubuhnya yang semakin berisi.

Iklan
Iklan

Pelakon Syurga Nur itu memaklumkan bahawa beliau memang ingin hamil dan sudah berusaha pelbagai cara termasuk mengurangkan kerja, berehat dan menngambil suplemen namun hingga kini ia belum berhasil.

Iklan

"Saya sudah masuk fasa psycho dah. Jawapan bagi soalan badan berisi ialah kerana saya tidak aktif bergerak sebab takut 'tak lekat'.

"Saya korbankan segala aktiviti disukai seperti yoga, sauna, heavy exercise dan kerja berlebihan untuk beri ruang badan rest.

Iklan

"Makan segala jenis suplemen sampai muka tumbuh jerawat besar. Mula psiko apabila setiap bulan saya rasa simptom mengandung," kongsi pelakon berusia 28 tahun itu.

Teruja kemungkinan diri hamil, Janna sanggup membuat ujian kehamilan pada jam 4 pagi. Menerusi video yang dimuat naik, suri hati Dini Schatzmann itu mengakui melakukan ujian pada awal pagi agar suamiya itu tidak melihat beliau dalam keadaan stres.

Membuat ujian dan membiarkan kit ujian tersebut, Janna mengambil peluang menunaikan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu.

Baca juga: 7 tahun sabar menanti, suami nangis tengok UPT isteri positif, warganet tumpang sebak

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

"Doa selagi mampu sebab memang teringin sangat. Nervous everytime nak check result. Berharap dua line supaya boleh surprise Dini tetapi baru nampak result.

"Pelik kerana sudah mencuba bermacam cara, kena paksa diri untuk terima," kongsi Janna.

Aktres popular itu mengakui perjalanan untuk hamil tidak seperti dirancang dan menerima takdir. Janna malah mendoakan para pejuang dua garisan yang lain dipermudahkan proses menimang cahaya mata.

Baca juga: Janna Nick dedah hidap gangguan bipolar

Baca juga: Dr Hamid Arshat kongsi makanan baik untuk rahim, bagus diamalkan wanita

"Overanalyze! Please take note that pregnancy journey tak mudah. Saya faham dan menerima takdir. Saya tahu ada orang yang lagi lama menunggu (cahaya mata).

"Janna berdoa agar semua yang sama-sama berjuang dan menanti akan mendapat baby yang comel-comel," kongsinya.

Untuk rekod, Janna dan Dini diijab kabul dalam satu majlis di sebuah resort terkemuka di Langkawi pada 10 Jun 2023.

Baca juga: Dah ada anak pun boleh jadi tak subur? Dr Say kongsi punca sukar hamil lagi yang ramai tak tahu

Baca juga: 'Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimp...' Elizad gembira dihubungi Raja Permaisuri Agong

INFO KESUBURAN

Public Health Malaysia mencadangkan bagi pasangan yang merancang untuk hamil mengira waktu subur.

1-Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari, hari paling subur ialah hari ke-14 manakala bagi untuk kitaran 30 hari, hari paling subur ialah hari ke-16.

2-Apabila wanita sedang cuba untuk hamil, hubungan intim pada masa yang sesuai sangat penting.

3-Telur (ovum) sebaik sahaja dibebaskan daripada salah satu ovari, boleh bertahan selama di antara 12 dan 24 jam sahaja.

4-Namun begitu, dalam kebanyakan kes, wanita mempunyai tempoh subur selama kira-kira enam hari sahaja.

5-Antara tanda-tanda wanita sedang subur adalah seperti berikut:

  • Peningkatan rembesan faraj menjadikannya lebih basah, dan teksturnya anjal seperti putih telur. Ini dipanggil mukus subur (tetapi awas bukan!).
  • Rasa sedikit tidak selesa pada sebelah bahagian perut.
  • Rasa lebih seksi dan menarik
  • Bagi wanita yang memiliki kitaran haid yang tidak teratur, lakukan hubungan intim ketika mengalami tanda tanda sedang subur.

Wanita disaran untuk tidak menangani masalah sukar hamil sendirian. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada pakar seawal setahun selepas berkahwin.

Sumber: Tiktok Janna Nick, Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!