"Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi..." - Elizad gembira dihubungi Raja Permaisuri Agong

"Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi..." - Elizad gembira dihubungi Raja Permaisuri Agong
"Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi..." - Elizad gembira dihubungi Raja Permaisuri Agong
A
A
A

"HARI ini hari yang sangat menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah."

Begitulah perkongsian kegembiraan penyampai radio dan pelakon, Siti Elizad Sharifuddin di laman Instagram.

Menurutnya, Tunku Azizah bertanyakan keadaannya setelah baginda terbaca kisah yang mengatakan dirinya

'mandul' baru-baru ini.

"Would love to share this special moment. It really touch my heart with this beautiful call Tuanku.

"Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) saya.

Baca juga Bila awak menggunakan perkataan mandul, ia sangat menyakitkan saya – Siti Elizad buat laporan polis

"Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dgn kisah saya yang bukanlah siapa-siapa. Tuanku

berikan kata-kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF.

"Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasainya," tulisnya.

fesyen

Elizad menyifatkan perbualan bersama Tunku Azizah sebagai sesuatu yang sangat indah.

"Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual-bual dengan Permaisuri yang

disayangi semua. Sungguh-sungguh keibuan.

"Sempat juga Tuanku selitkan 'Saya tengok drama awak sebelum-sebelum ini, awak dah tak berlakon lagi? Allahuakhbar, terima kasih banyak Tuanku Permaisuri. Really made my day. Ampun Tuanku," ujarnya.

Selain itu, Elizad turut menitipkan semangat buat wanita yang mengharungi masalah yang sama.

" To all ttc squad, we are fighters. People can say whatever they wish. Hanya kita sesama kita yang

melaluinya.

"Untuk pengetahuan semua, perhatian saya hanya untuk berkongsi perjalanan proses IVF kepada ttc squad bagi dapatkan maklumat berkaitan.

"Jangan malu dan takut untuk berjumpa dengan pakar. Nak semua #ttcsquad come forward," ujarnya.

Baca juga Dituduh mandul dan tak solat, Hafidz Roshdi kongsi rutin Elizad di lokasi penggambaran

Terdahulu, pelakon filem Berlari Ke Langit itu diserang seorang individu tidak dikenali di media sosial

yang secara biadap menuduhnya mandul dan meninggalkan solat.

Susulan kejadian itu, dia telah membuat laporan polis dan bercadang untuk mengheret individu terbabit

ke muka pengadilan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca