TUJUH tahun menanti kehadiran cahaya mata, pasangan suami isteri ini menyentuh hati ramai pengguna laman sosial selepas video yang memaparkan kejutan kehamilan anak sulung mereka ditonton lebih 628,000 kali.

Pengguna TikTok Siti Nur Robiatun Abdullah berkongsi video berdurasi satu minit 13 saat memaparkan suaminya, Ainudin menerima bungkusan hadiah sempena ulang tahun perkahwinan ketujuh.

Baca juga: 12 tahun menanti jadi ibu, 13 kali gugur, wanita nekad hamil akhirnya lahirkan anak pertama

“Pada masa ini suami baru balik dari ABC. Dua minggu simpan rahsia.

“Alhamdulillah penantian kita hampir tujuh tahun akhirnya ALLAH makbulkan. Thank you sayang kerana sabar menanti selama ini,” tulis Siti.

Sebaik sahaja kotak hadiah dibuka dan melihat alat penguji kehamilan positif, gambar imbasan kandungan dan romper bayi bertulis ‘Super Papa’, lelaki itu menangis di ribaan isteri.

Sesungguhnya rezeki ALLAH datang pada waktu yang tepat.

“Tujuh tahun menanti kehadiran dengan sabar. Yakin dengan doa, Maha Segala Perancang dan Penentu.

“Tepat pada masanya, tidak lambat atau cepat walau sesaat. Subhanallah kami manusia sentiasa diuji. Alhamdulillah segala ini adalah kehendak-MU. Allahuakbar sebaik-baik Perancang.

“Terima kasih kepada ibu, keluarga, saudara dan rakan yang sentiasa mendoakan,” titip suaminya.

Baca juga: Berat sukar turun sebab PCOS, isteri Adam Corrie kongsi tip ‘hilang’ 16 kg dalam masa 3 bulan

Perkongsian video penuh emosi itu menyebabkan warganet sebak. Rata-rata mendoakan Siti menjalani kehamilan yang selamat.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman menjadi golongan cuba hamil atau try-to-conceive (TTC). Ujar mereka:

– “Tahniah! Alhamdulillah faham sangat perasaan seronok tu macam mana. Tumpang sebak.”

– “Saya doakan kalian yang sedang berjuang garis dua dapat merasa keindahan begini.”

– “Alhamdulillah, harta paling bernilai dan yang dinantikan.”

– “Tahniah sis, terharu tengok. Semoga dipermudahkan segala urusan insya-ALLAH.”

– “”enapa pipi saya pun basah ni? Congrats sis! Take a good care of yourself.”

– “Tahniah awak. Alhamdulillah Turut bahagia. Semoga saya pun akan diberikan rezeki anak.”

Iklan

– “Dengan kita sekali keluar air mata. Semoga baby membesar dengan sihat dalam rahim ibu ya. Tahniah sis dan suami.”

Tahniah diucapkan buat pasangan ini, SinarPlus mendoakan semoga perjalanan hamil dan kelahiran permata hati yang ditunggu-tunggu dipermudahkan.

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Kepada yang pasangan yang masih menantikan kehadiran zuriat selepas berkahwin dua tahun bolehlah mendapatkan pemeriksaan.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Bagi pasangan TTC, MyHealth KKM mencadangkan agar melakukan perkara berikut:

1-Amalkan gaya hidup yang sihat. Berhenti merokok atau mena gih dadah, bersenam dan kekalkan berat badan yang ideal.
2-Cuba elakkan aktiviti yang memberikan tekanan dan kurangkan pengambilan alkohol.
3-Elakkan dan lindungi diri daripada penyakit jangkitan seksual.
4-Hubungan intim semasa waktu subur (hari ke-10 hingga 16) untuk meningkatkan peluang kehamilan.
5-Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur (bagi wanita).
6-Berkomunikasi, kongsi perasaan dan emosi dengan pasangan secara berterusan serta sentiasa menyokong antara satu sama lain.
7-Bagi lelaki, elakkan daripada memakai pakaian seluar dalam ketat, berendam dalam air panas ataupun pergi ke sauna.
8-Dapatkan rawatan dengan segera jika merasa sakit atau mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, hipertiroidisme dan sebagainya.

Iklan

Pasangan TTC biasanya akan melalui pemeriksaan perubatan penting termasuk ujian kesuburan, hormon, imbasan ultrasound, hysterosalpingogram (HSG) dan analisis air mani (bagi lelaki) penting bagi menentukan rawatan kesuburan yang sesuai.

Baca juga: Hamil enam bulan, Mona Allen bakal bergelar ibu

Sumber: TikTok Siti Nur Robiatun Abdullah, MyHealth KKM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.