Isu 3 pagi tidak benar, Risteena dedah bukti perbualan bersama Ruhainies di WhatsApp

Iklan
Risteena dedah bukti perbualan bersama Ruhainies (1)

PELAKON Risteena mendedahkan perbualan bersama Ruhainies sebelum adiknya itu ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah Sabtu lalu.

Mengakui kekhilafan yang dilakukan Aliff dan Ruhainies, Risteena menjelaskan kejadian itu berlaku bukan pada 3 pagi.

Iklan
Iklan

"Jam 11 lebih JAWI dah sampai di rumah. Bukan jam 3 pagi.

"Yang khilaf tetap khilaf. Saya percaya Ruhainies dan Aliff juga sedar tentang khilaf mereka dan telah pun mohon maaf.

Iklan

"Siapa kita untuk menghukum mereka. Kebetulan malam tersebut memang planning ke rumah Ruhainies, jadi saya di sini hanya menjelaskan keadaan sebenar sekiranya perkara ini dapat diselamatkan dan tidak menjadi lebih buruk," kongsinya.

Iklan

Baca juga: 'Akui kekhilafan diri, Aliff hanya kawan biasa.' Ruhainies dedah situasi sebenar isu tangkap basah

Baca juga: Aliff Aziz buka mulut, kongsi cerita sebenar iditangkap khalwat dengan Ruhainies. 'Hanya makan-makan bersama keluarga'

Baca juga: 'Ini jalan terbaik, cinta tak seharusnya memiliki.' Bella Astillah nekad berpisah dengan Aliff Aziz

Menerusi hantaran di IG Story, Risteena berkongsi tangkap skrin (screenshot) yang memaparkan perbualannya bersama Ruhainies di aplikasi WhatsApp.

Ruhainies bertanya kepada kakaknya itu pada pukul 7.21 malam sama ada akan bermalam di rumahnya.

Kemudian, pemilik nama Nur Risteena Munim Zainul Ilyas itu bertanyakan waktu kerja si adik berakhir dan siapa yang akan memasak pada malam itu.

Namun, disebabkan perlu menjalani penggambaran dan berdepan kesesakan lalu lintas pada malam minggu membuatkan dirinya terlewat sampai.

Baca juga: Video ibu Bella Astillah runtun hati warga maya. 'Jika lelaki menyakitimu, pulanglah ke pangkuan keluarga'

Terdahulu Ruhainies dan Aliff memuat naik kenyataan berhubung isu berkenaan menjelaskan kejadian sebenar.

Ruhainies mengakui Aliff hanya sekadar kawan biasa manakala Aliff pula memaklumkan keberadaannya di rumah pelakon itu adalah untuk menyertai acara makan-makan keluarga rakannya itu.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im berkata pihak JAWI sedang melengkapkan kertas siasatan sedang giat dilakukan dan prosedur yang digunakan sama sahaja seperti kebanyakan kes lain.

Tambahnya, perbuatan maksiat tetap dikira maksiat dan tidak boleh dianggap sebaliknya.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!