MALANG tidak berbau. Keseronokan tujuh sekeluarga dari Bera, Pahang menikmati hidangan stimbot berakhir tragedi apabila kesemua mereka menderita melecur susulan alat memasak itu meletup.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 petang 9 Mac lalu, Noraini Abdullah, 53, bersama suaminya, Ayob Harun, 59, dan empat anaknya, Fatin Nabilah, 29, Arif Fauzan, 26, Arif Fahmi, 23, Arif Fahin, 21 dan menantunya iaitu suami kepada Fatin, Azrul Fazrin Asri, 28, menikmati hidangan di sebuah restoran dekat Temerloh.
Baca juga: Awas tong gas dalam rumah boleh meletup! Ini cara kesan, panduan keselamatan wanita wajib tahu
Baca juga: [VIDEO] Api marak, tong gas terbakar, tindakan pantas lelaki selamatkan rumah jiran
Baca juga: [VIDEO] Api terus menyala walaupun tong gas hampir habis, ini kaedah mudah yang boleh kita buat
Berikut adalah kronologi tragedi berkenaan:
1-Menurut Noraini, ketika sedang menjamu selera, mereka terdengar bunyi letupan sebelum dapur gas yang digunakan tiba-tiba melambung.
2-Kejadian berkenaan terlalu pantas menyebabkan Noraini, suami dan anak menantu tidak sempat mengelak dan kesemua mereka terkena percikan api daripada dapur gas tersebut.
3-Susulan kemalangan berkenaan, mereka kemudian mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik berhampiran sebelum pulang ke rumah.
[caption id="attachment_139907" width="800"] Noraini turut melecur pada muka.[/caption]
4-Keesokan harinya mereka sekeluarga sekali lagi mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Triang sebelum diminta merujuk ke pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).
5-Dua daripada keluarga berkenaan iaitu suami Noraini, Ayob dan anak mereka, Arif Fauzan mengalami paling teruk melecur melibatkan bahagian muka serta tangan.
6-Bahkan, mereka sekeluarga ditempatkan di wad selama empat hari dan kini sedang kami berada di hospital swasta untuk pemeriksaan susulan.
7-Kata Noraini, restoran berkenaan bukanlah pertama kali dikunjungi. Ujarnya, mereka sekeluarga pernah makan di restoran itu sebelum ini untuk menjamu selera. Beliau langsung tidak tidak menyangka kejadian itu akan berlaku.
8- Pemilik restoran berkenaan telah berjumpa dengan keluarga berkenaan dan memohon maaf.
9-Mohd Sofrizam Mohd Yusof, 39, menjelaskan alat dapur memasak (tin butane gas) meletup secara tiba-tiba.
Baca juga: Kulit melecur, buta gara-gara pressure cooker, hati-hati gunakannya, 6 tip ini pastikan buat
Baca juga: Letupan umpama petir, sekelip mata rumah bergegar, dua beranak melecur tong gas memasak meletup
Baca juga: Kulit melecur? Ini langkah awal perlu buat
[caption id="attachment_139906" width="800"] Gambar hiasan[/caption]
10-Beliau juga bersedia bekerjasama untuk pampasan dengan mengikut segala prosedur yang betul.
11-Ujar Mohd Sofrizam, laporan polis telah dibuat selain pihak bomba untuk melakukan siasatan atas kejadian yang berlaku. Pihak restoran berkenaan menyeru agar orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
12-Mengakui insiden itu telah menjejaskan perniagaan miliknya dan pekerja, Mohd Sofrizam menjadikan insiden itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berhati-hati selepas ini.
13-Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Suris Mihat memberitahu, lesen premis perniagaan itu digantung sementara waktu bermula Selasa hingga 25 Mac untuk siasatan susulan kejadian tersebut.
Semoga kes ini menjadi pengajaran buat kita semua!
TIP MENGGUNAKAN PORTABLE GAS STOVE
1) Saiz periuk jangan melebihi saiz penunu kerana panas periuk yang terlalu besar akan meningkatkan suhu balang gas yang dekat dengannya.
2) Jangan memasak atau biarkan bekas gas terdedah pada terik matahari atau terperangkap di dalam bekas yang terdedah pada terik matahari.
3) Jangan gunakan balang gas yang sudah kemek.
4) Baca label penggunaan sebaiknya, ikuti apa yang boleh dan tidak.
5) Jangan masak atau gunakan dapur ini dalam ruang tertutup seperti dalam di dalam khemah.
6) Sentiasa peka pada kebocoran gas, periksa dari semasa ke semasa.
Sumber: Sinar Harian 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!