'Alhamdulillah.' Jongkong emas di dasar sungai & barangan berjumlah RM2.1 juta ditemui, Kak KM luah kesyukuran

Iklan
Jongkong emas di dasar sungai, barangan berjumlah RM2.1 juta ditemui, Kak KM (1)

BARU-baru ini negara digemparkan dengan kes pecah rumah yang melibatkan kerugian dianggarkan mencecah RM3.5 juta.

Kejadian di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur itu menjadi perhatian warga maya susulan melibatkan sebuah peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai anggaran lebih kurang RM3 juta!

Iklan
Iklan

Dalam perkembangan terkini, kes berkenaan telah berjaya dirungkai oleh Polis Diraja Malaysia. Kecekapan mereka mengendalikan kes berkenaan dengan menahan empat individu pada 5 Mac lepas membawa kepada penemuan barangan yang hilang.

Baca juga: Jadi jutawan segera selepas jumpa 'harta karun' di dalam beg lama dekat loteng rumah. Bertuah sungguh!

Iklan

Baca juga: RM30,000 dimakan anai-anai, hajat nenek tunai haji tak kesampaian. Ini cara tukar duit rosak di bank

Iklan

Berikut adalah ringkasan info berkaitan kes tersebut:

1-Penahanan lima individu tersebut memberikan petunjuk kepada penemuan semula peti besi yang mengandungi empat jongkong emas yang 'disembunyikan' di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.

2-Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kesemua suspek iaitu seorang lelaki dan tiga wanita berumur antara 22 hingga 36 tahun itu ditahan di sekitar Batu Pahat oleh pasukan khas D4 Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polls Kontinjen Selangor sebelum diserahkan kepada polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.

3-Seorang suspek lelaki telah membawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pihak polis ke Sungai Sembrong di Batu Pahat pada Selasa lalu.

4-Hasilnya, polis berjaya menemukan semula peti besi pengadu yang mengandungi empat jongkong emas bernilai RM1 juta.

5-Selain jongkong emas, pihaknya juga dapat menemukan semula beberapa barang pengadu yang dilaporkan hilang antaranya 15 utas rantai emas, 14 utas gelang emas, cincin emas, tujuh beg tangan, loket emas dan wang tunai di sebuah rumah di Batu Pahat.

Baca juga: Orang kaya baru, lelaki beli peti sejuk terpakai, jumpa duit hampir RM400,000

Baca juga: Gara-gara simpan RM90,000 dalam plastik hitam, ahli perniagaan tersilap buang diangkut lori sampah

6-Keseluruhan barangan yang ditemukan dianggarkan bernilai RM2.1 juta.

7-Siasatan awal mendapati suspek utama mempunyai 20 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, selain kesemua suspek dipercayai aktif terlibat dalam kes pecah rumah di Selangor dan Kelantan.

8-Lebih menakutkan, mereka menyasarkan kediaman ahli perniagaan atau pempengaruh media sosial. Keempat-empat suspek berkenaan kini dilanjut reman selama sembilan hari hingga 25 Mac.

9-Terdahulu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah dilaporkan berkata dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam hingga 12 tengah malam.

10-Semasa kejadian, kamera litar tertutup di kediaman itu dirosakkan oleh suspek.

Sementara itu, usahawan Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM berkongsi hantaran di laman sosial Facebook bersyukur kes berkenaan selesai.

"Syukur Alhamdulillah," titipnya.

Sumber: Bernama, Kak KM, Polis KL

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!