LAZIMNYA wang tunai akan diletakkan di tempat yang selamat seperti beg atau peti besi sebelum didepositkan ke bank. Jauh sekali untuk meletakkannya di dalam plastik sampah!

Namun seorang ahli perniagaan di kepulauan Greek, Greece terpaksa bersusah payah apabila dia tanpa sengaja membuang wang bernilai £16,000 (RM89,842) yang disimpannya di dalam dua bungkusan plastik sampah!

Menurut Daily Star, lelaki berkenaan meletakkan wang tersebut di dalam plastik sampah dan merancang untuk mendepositkan ia ke bank pada Isnin.

Baca juga: Tawaran Lebih RM4 Juta Cari Cleo Smith Hilang, Siapa Sangka Ini Kisahnya Selepas 18 Hari Ditemui

Difahamkan berdekatan beg berisi wang terdapat sampah yang ingin dibuang.

Semasa dia berjalan ke kedainya, dia berhenti di sebuah tong sampah besar untuk membuang sampahnya.

Namun lelaki itu tanpa sengaja turut membuang beg berisi wang tunai, sebelum memasuki kedainya.

Iklan

Dia mula menyedari kesilapannya apabila dia memasuki kedainya segera ke tong sampah berkenaan.

“Saya melihat sekeliling dan menyedari plastik sampah berisi wang itu tidak ada lagi.

Iklan

"Mula panik, saya berlari ke luar menahan kereta pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang membuat rondaan serta memberitahu apa yang berlaku," katanya.

Dilaporkan, lelaki itu bersama pegawai PBT berjaya menjejaki lori sampah dan mengejarnya di pelabuhan sebelum semua sampah dibakar.

"Kami berempat masing-masing mengorek sampah dalam lori berkenaan dan segera menemui beg plastik pertama.

"Kami tidak menemui beg kedua, jadi trak itu membuang semua sampahnya ke tepi jalan dan kami menggali setiap beg sampah secara individu, sebelum menemui plastik kedua,” katanya penuh syukur.

Harap kita semua mengambil pengajaran daripada kisah ini, jangan simpan sesuatu yang berharga di dalam plastik sampah. Kecuaian sesaat hanya akan merugikan.

Baca juga: Asal Vegetarian, Peminat Risau Youtuber Mukbang Ekstrem Kini Obes, Terpaksa Pakai Alat Bantu Pernafasan 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Daily Star