FOTO yang memaparkan duit simpanan seorang wanita warga emas tular di laman sosial. Puluhan keping not RM100 dan RM50 di dalam sebuah kotak rosak kesan daripada dimakan anai-anak.

Lebih menyedihkan, jumlah kerosakan bernilai RM30,000 itu adalah wang yang disimpan  untuk perbelanjaan mengerjakan ibadah haji pada tahun hadapan.

Hal berkenaan didedahkan cucunya, Khairul Azhar yang sempat membantu membawa wang berkenaan ke bank untuk ‘diselamatkan.’

Kredit foto: Shams Alam Ansari

“Duit RM30,000 disimpan oleh nenek saya di kampung untuk tunaikan haji tahun depan habis dimakan anai-anai.

“Separuh saya sudah serahkan kepada Bank Negara Malaysia. Kalau masih ada rezeki. Separuh lagi tak dapat diselamatkan.

“Bukan rezeki nenek hendak ke Makkah. Insya-ALLAH lain kali ada lagi rezeki. Pengajaran agar jangan menyimpan duit ni banyak-banyak di rumah,” kongsinya.

Perkongsian Khairul Azhar menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai menzahirkan simpati dan berharap insiden berkenaan menjadi iktibar.

Baca juga: Menabung wang kertas, gadis putih mata duit beli motor dimakan anai-anai

Baca juga: Gara-gara sorok daripada isteri, lelaki berputih mata duit puluhan ribu digigit tikus

Tidak kurang juga yang memberikan cadangan kaedah menyimpan wang dengan cara selamat.

– ” Sebab tu ada Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera siap ada dividen lagi. Simpan di rumah banyak risikonya.”

– “Kena pakai tabung besi atau balang kaca supaya selamat.”

– “Simpan sebagai emas, pentingnya ada peti besi.”

– “Insya-ALLAH kalau nak selamat simpanlah dalam bentuk emas jongkong.”

– “Simpanan untuk jangka masa panjang, lebih baik dalam bentuk emas. Simpanan emas bermatlamat, contohnya untuk pergi haji, kahwin dan buat deposit bayar rumah pertama.”

Baca juga: Cara tukar duit rosak di BNM, tak semua duit rosak hilang nilai

Baca juga: Gubah duit kertas menjadi jambangan bungan jangan sampai ada tanda lipat kekal!

Wang kertas koyak, jangan buang! Boleh tukar ada nilainya

Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) sedia menerima wang yang tidak sesuai untuk edaran iaitu seperti berikut;

WANG KERTAS
-Kotor/ lusuh
-Lembik
-Terdapat contengan
-Koyak
-Terdapat ubah suai seperti ditampal pita pelekat
-Wujud lipatan atau garisan kekal
-Berlubang
-Dimakan anai-anai atau terbakar
-Wang hasil cantuman daripada dua atau lebih helaian wang kertas berlainan
-Hilang ciri-ciri keselamatan seperti jalur berkilau (lead) pada wang kertas
-Luntur warna
-Renyuk atau terdapat kesan pengecutan

Iklan

SYILING
-Terhakis permukaannya
-Berlubang
-Pecah
-Kemik
-Terpotong
-Kotor
-Terbakar
-Ganjil cetakannya

“Wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran semula boleh ditukarkan di mana-mana institusi kewangan,” katanya.

Selain dari BNM, anda boleh menukar duit yang rosak tersebut di bank-bank komersial.

Bagaimanapun, jika wang kertas yang rosak seperti terbakar teruk dan duit tersebut tidak dapat dilihat denominasinya, adalah lebih baik untuk kita rujuk ke BNM.

Pegawai BNM yang bertauliah akan menilai berpandukan spesifikasi yang berikut;

1. Nilai penuh – lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas.

Iklan

2. Nilai separuh – antara 1/2 hingga 2/3 daripada asal wang kertas.

3. Tiada nilai – kurang 1/2 daripada saiz asal wang kertas.

Sumber: Khairul Azhar, BNM

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang