'Hari-hari tanya homework, siapa datang sekolah sebenarnya?' Luahan guru tular, warganet setuju jangan manjakan anak

Iklan
Hari-hari tanya homework

GRUP WhatsApp kelas sangat membantu ibu bapa dan para guru. Paling efektif digunakan ketika pandemik Covid-19 ketika semua sekolah menjalankan pembelajaran di rumah.

Semua informasi dikongsikan menerusi grup ini termasuk kerja rumah, jadual waktu, aktiviti kelas, pengumuman penting sehinggalah bab derma sekolah!

Iklan
Iklan

Sudah bertahun selesa menggunakan kemudahan dalam talian yang percuma itu, nampaknya murid-murid menjadi terlalu 'manja'.

Terbaharu, seorang guru meluahkan kebimbangan dengan sikap segelintir muridnya yang tidak fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Iklan

Lebih menimbulkan rasa kecewa, ibu bapa pula didakwa terlalu memanjakan anak yang tidak memberikan perhatian di dalam kelas.

Baca juga: Malas nak bincang hal politik, storan penuh, rasa terasing antara punca ramai left grup WhatsApp

Iklan

Baca juga: 6,890 guru bersara pilihan pada 2022 & 2021, ini syarat Cikgu Mohd Fadli sebelum akhiri profesion perguruan

 

"Salam. Saya Cikgu Z**. Maaf tanyalah, apa masalah mak-mak kat sini yang nak sangat melayan anak tak siap kerja? Patutnya kita ajarkan anak-anak erti tanggungjawab, bukan kita yang memanjakan.

"Memang menjadi tanggungjawab cikgu ke untuk maklumkan setiap kerja sekolah yang diberi? Bukan tanggungjawab anak-anak untuk fokus dan peka dalam kelas?

"Kalau Darjah Satu saya boleh faham lagi, ini dah Darjah Empat kot," luah beliau.

Baca juga: Asing kerja sekolah anak dalam grup dengan mudah, wanita ini kongsi guna folder Telegram

Baca juga: ';Bukan kecewa, saya terlalu sayang dunia pendidikan.' Ini sebab Cikgu Fadli undur diri pada usia 41 tahun

Hampa dengan situasi yang berlaku, guru berkenaan menegaskan grup berkenaan bertujuan sebagai medium hebahan sahaja.

"Tolong ya, ini grup untuk makluman penting berkaitan sekolah. Bukan untuk emak-emak mengadu anak tidak siap kerja apa bagai.

"Saya harap semua ibu bapa boleh bagi kerjasama, terima kasih," kongsinya.

Baca juga: Tampar tak cedera, bapa pemain bola tampar remaja maafkan cikgu raih perhatian warganet, ini kronologi kejadian

Baca juga: Tubuh kurus berbirat, Wardan buat netizen menangis. Diberi nasi lauk garam, cili & lada hitam, lari ke rumah cikgu tak tahan didera

Biarpun ia hanya melibatkan sebilangan kecil ibu bapa yang bersikap demikian, warga maya setuju sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan atau merajakan anak masing-masing. Ujar mereka:

-"Lama cikgu ni pendam rasanya. Harap ibu bapa hadamlah benda ni. Jangan nak manjakan sangat anak tu."

-"Teruk juga millennials mendidik anak anak. Kenapa terlalu manjakan anak, tak takut ke nanti mereka jadi lemah. Manja macam ramai orang kata kepada Gen Z sekarang ni."

-"Pedas dan mantap!"

-"Saya dulu sekolah SJKC and our school provide satu buku yang berfungsi sebagai buku catatan kerja sekolah. Setiap kali ada homework student wajib catat dalam tu. Tak tahu cara di sekolah kebangsaan. I think cara sekolah itu bagus, hingga sekarang amalkan."

-"Aku dulu tanya mak aku tarikh pun bapak aku terus cakap aku tak pergi sekolah ke sampai tak tau tarikh. Ni sampai tanya kerja sekolah anak, aduhai."

-"Yang pernah jadi cikgu jer faham perasaan bila hadap parent yang terlampau manjakan anak, macam itu sahaja tiada perubahan dari mula sampai akhir tahun."

[caption id="attachment_78781" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

-"Zaman kita dulu tak wujud pun mak nenek grup ini semua. Syok sahaja kita ke sekolah. Tak buat kerja sekolah kena denda berdiri, berdirilah. Itu proses pembelajaran."

-"Sanggup tu PM tepi cikgu sebab nak tanya homework, anak dia tak masuk kelas ke? Kalau MC atau cuti boleh dimaafkan."

-"Boleh elak kacau cikgu tiap hari, cari kawan sekelas anak yang rajin sikit. Buat kawan dengan ibu ayahnya. Boleh WhatsApp untuk confirm homework yang diberi. Ini pengalaman saya sejak anak-anak mula bersekolah dulu."

Sumber:" target="_blank" >X

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!