BERSARA pilihan menjadi trend terkini warga pendidik. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara paling ramai yang memohon keluar dari perkhidmatan sejak dua tahun lalu.

Terbaharu, ikon guru, Cikgu Mohd Fadli Salleh menjadi perhatian ramai selepas mengambil keputusan bersara awal berkuat kuasa 1 Mac ini.

Baca juga: ‘Bukan kecewa, saya terlalu sayang dunia pendidikan.’ Ini sebab Cikgu Fadli undur diri pada usia 41 tahun

Baca juga: Cikgu Fadli kongsi 7 amalan murah rezeki. ‘Nafkah isteri tak pernah abai. Masa paling sempit, tetap hulur walau RM20

Baca juga: Jujur bersuara tegur kelemahan dalam sistem pendidikan, siapa sebenarnya Cikgu Mohd Fadli Salleh?

Baca juga: Hak ibu bapa nak pastikan nyawa anak-anak kita selamat. Perkongsian Cikgu Fadli buat mak ayah

Untuk pengetahuan anda, terdapat empat jenis persaraan dalam perkhidmatan awam seperti berikut:

a)Persaraan Paksa Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239 apabila penjawat awam cukup umur bersara atau  sedang menghadapi suatu perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib.

b)Persaraan Di Atas Kehendak Kerajaan Atau Menteri Di bawah Seksyen 11 Akta 227/239 yang mana kerajaan menghendaki seseorang pegawai atau pekerja berpencen untuk dilantik ke satu jawatan lain di bawah kuasa melantik yang berlainan dan dipersetujui oleh pegawai/pekerja tersebut.

c)Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Kerajaan Dibawah Seksyen 10(5)(b), 12 dan 12A/13 Akta 227/239 iaitu apabila sesebuah agensi awam atau sebahagian daripadanya diswastakan. Persaraannya adalah berasaskan pilihan yang dibuat melalui opsyen yang ditawarkan sama ada jawatan yang dipegang dihapuskan, bersara pilihan dan bersara setelah dilantik untuk berkhidmat dengan syarikat berkenaan.

d)Persaraan Pilihan Dibawah Seksyen 12 Akta 227/239 pula bagi penjawat awam yang berumur 40 tahun dan ke atas.

Baca juga: ‘Macam tadika di Malaysia’- Bapa dedah sukatan Gred 1 di AS tarik perhatian warganet

Baca juga: Tular video murid angkut beg berat naik tangga hampir jatuh, ramai mohon selesai segera

BAca juga: Sakit mengalahkan Covid-19, pemuda kongsi sekeluarga positif Influenza A

Cikgu Mohd Fadli mendedahkan beliau memohon bersara pilihan. Menerusi dapatan SinarPlus, berikut adalah syarat permohonan bagi persaraan jenis ini:

1- Telah disahkan dalam jawatan;

2- Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen

3- Berumur 40 tahun dan ke atas

4- Mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh ‘dimasuk kira’.

5- Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan tiga bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan.

6- Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja).

Faedah persaraan pilihan

DILANTIK SEBELUM 12 APRIL 1991

a)Bagi penjawat awam yang dilantik sebelum 12 April 1991, mereka akan menerima ganjaran, wang gantian cuti rehat pada tarikh persaraan.

b)Bagi pegawai perkhidmatan bomba berpangkat rendah, pegawai polis berpangkat rendah, pegawai penjara berpangkat rendah dan jururawat lelaki di hospital mental, mereka akan menerima pencen bulanan selepas mencapai usia 45 tahun.

c)Manakala pesara pilihan yang berjawatan selain di atas akan menerima wang pencen selepas mencapai usia 50 tahun.

DILANTIK SELEPAS 12 APRIL 1991

Iklan

a)Bagi penjawat awam yang dilantik selepas 12 April 1991, mereka akan menerima ganjaran, wang gantian cuti rehat pada tarikh persaraan.

b)Semua pegawai bersara pilihan akan menerima wang pencen masing-masing apabila mencapai usia 55 tahun.

Baca juga: 6 bulan bersara wajib, warganet teruja Dr Noor Hisham kembali berkhidmat

Baca juga:Wira harungi pandemik bersara, 35 tahun menabur bakti, jasa Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus dikenang

Pengiraan faedah dan pencen persaraan pilihan

Berikut adalah formula pengiraan pencen dan ganjaran yang bakal diperolehi:

-Pencen

1/600 X Jumlah genap bulan perkhidmatan X Gaji akhir yang diterima

Ia tertakluk kepada pencen maksimum sebanyak 3/5 daripada gaji akhir diterima

Iklan

-Ganjaran

7.5% X Jumlah genap bulan perkhidmatan X Gaji akhir yang diterima

Berdasarkan rekod Kementerian Pendidikan Malaysia, bilangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang memohon persaraan pilihan berdasarkan enam opsyen utama tertinggi adalah Bahasa Melayu iaitu 2,862, Bahasa Inggeris (1,146) dan Matematik (1,015).

Ia diikuti guru Pendidikan Islam (755), Sains (629) dan Sejarah (483). Bagi tahun 2023, kelulusan permohonan bersara pilihan masih dalam pertimbangan pihak agensi pusat.

Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!