PERSARAAN guru Matematik, Cikgu Mohd Fadli Salleh mengejutkan warga maya.

Beliau banyak berjasa kepada warga pendidik dalam menyuarakan pelbagai realiti di institusi pendidikan seperti beg sekolah terlalu berat, silibus terlalu tinggi dan padat atau syok sendiri’, bilangan murid terlalu ramai dalam sebuah kelas, jumlah subjek terlalu banyak hingga murid hilang minat, masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi dan adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan.

Baca juga: 6,890 guru bersara pilihan pada 2022 & 2021, ini syarat Cikgu Mohd Fadli sebelum akhiri profesion perguruan

Bukan semata-mata kelemahan ingin diketengahkan, namun pejuang pendidikan itu mahu generasi baharu dan para guru mendapat hak sewajarnya.

Guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Gombak tersebut menjelaskan keputusan persaraan dibuat bagi menghormati sesetengah pihak.

“Sedikit pencerahan. Saya memilih bersara awal bukan kerana kecewa dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Baca juga: Cikgu Fadli kongsi 7 amalan murah rezeki. Nafkah isteri tak pernah abai. Masa paling sempit, tetap hulur walau RM20

Baca juga: Jujur bersuara tegur kelemahan dalam sistem pendidikan, siapa sebenarnya Cikgu Mohd Fadli Salleh?

Baca juga: Hak ibu bapa nak pastikan nyawa anak-anak kita selamat. Perkongsian Cikgu Fadli buat mak ayah

“Bahkan saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan. Cuma adab Melayu, apabila bertandang ke rumah orang, tidak molek kita membuat onar sesuka hati.

“Saya tidak mahu menjadi tetamu yang biadab terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah saya undur diri,” jelasnya.

18 tahun dalam dunia perguruan, anak kepada mantan Pengetua Cemerlang Maktab Perguruan Kota Bharu, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamzah dan Pengetua (SMK) Tok Janggut itu menjelaskan akan terus berada di dalam dunia yang disayangi ini.

“Saya akan terus berada dalam bidang pendidikan, cuma berbeza haluan. Suara saya akan sentiasa ada.

Baca juga: Guru Sains PdP DidikTV dikecam, ramai setuju penjelasan cikgu ini

Baca juga: Duit gaji masuk tak cukup-cukup ke? Tamaknya cikgu n

Baca juga: ‘Macam tadika di Malaysia’- Bapa dedah sukatan Gred 1 di AS tarik perhatian warganet

Baca juga: Tular video murid angkut beg berat naik tangga hampir jatuh, ramai mohon selesai segera

BAca juga: Sakit mengalahkan Covid-19, pemuda kongsi sekeluarga positif Influenza A

“Terima kasih buat seluruh warga KPM selama ini. Maafkan diri ini atas apa jua salah silap selama masa,” titip Fadli.

Jelasnya lagi, permohonan bersara awal telah dihantar sudah lama dan berkuat kuasa pada 1 Mac ini. Lebih menyentuh hati, empunya diri tidak mahu majlis persaraan yang besar-besaran.

“Apabila surat kelulusan bersara awal saya sampai kat sekolah, cikgu-cikgu (lain) pakat tahu.

“Saya terus saya mesej Pengerusi Kelab Guru, beritahu awal tidak perlu majlis (perpisahan) beriya. Saya tidak mahu membebankan kawan-kawan, murid dan ibu bapa pula. Cukuplah majlis ringkas untuk saya bagi amanat terakhir buat rakan sejawat dan murid-murid.

Baca juga: Ahli akademik akui silibus Darjah 1, 2 dan 3 terlalu rumit, tidak sesuai dengan daya intelektual anak

Baca juga: ‘Soalan membunuh minat.’ Tak mampu ajar anak darjah satu jawab soalan matematik, Ibu ini rasa mahu bakar ijazahnya!

Iklan

“Esok majlisnya (hari ini) saya cuma pakai baju kemeja lengan panjang, nametag, seluar slack dan kasut kerja. Seperti mana pakaian pertama saya melapor diri sebagai seorang guru. Saya tidak mahu memakai songket pengantin. Cukuplah pengakhiran karier saya pun sederhana seperti saya bermula dahulu,” kongsi Fadli.

Figura pendidik lulusan Maktab Perguruan Islam Bangi dan Universiti Pendidikan Sultan Idris ini terdahulu pernah menerima tindakan dipecat dan diturunkan pangkat.

10 INFO CIKGU FADLI

1-Dilahirkan pada 6 Julai 1983 di Pasir Puteh, Kelantan, Cikgu Fadli adalah anak kepada pasangan Mohamed Salleh Hussain dan Khatijah Mohd dan merupakan cahaya mata keenam daripada sembilan adik-beradik.

2-Mendapat pendidikan di Kolej Islam Sultan Alam Shah hingga Tingkatan Lima, Cikgi Fadli mendapat tawaran melanjutkan pelajaran jurusan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa.

3-Namun kerana minatnya kepada dunia pendidikan, beliau memilih menyambung pengajian di Maktab Perguruan Islam Bangi dalam opsyen Matematik hingga menggenggam Diploma Perguruan Malaysia.

4-Cikgu Fadli melapor diri pada tahun 2006 ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mambang, Pekan dan pada tahun 2009 beliau bertukar Sek Kluster Kecemerlangan SK Taman Melawati (2). Pada tahun 2016 beliau bertukar ke SK (1) Gombak sehingga bersara.

5-Beliau juga penulis yang mana bukunya, Cikgu Kelas Sebelah adalah antara buku terlaris pada tahun 2016 yang membariskan 101 kisah pengalamannya sebagai seorang guru sekolah rendah.

Iklan

6-Selain itu, beliau turut menerbitkan beberapa Ebook dan Modul Video berkaitan Matematik seperti Sifirlicious, Modul Pantas Matematik dan Pecutan UPSR.

7-Tidak hanya sebagai pendidik, figura pendidikan itu juga seorang aktivis masyarakat dan sering membantu pelajar susah, anak yatim, asnaf, orang kurang upaya dan sebagainya.

8-Berkahwin pada 11 Jun 2009, Cikgu Fadli adalah bapa kepada lima cahaya mata.

9-Cikgu Fadli tidak mengehadkan ilmunya hanya di sekolah, beliau turut membuat kelas dalam talian secara percuma dan memiliki saluran Telegram sendiri.

10-Selain itu, beliau juga merupakan penceramah Matematik dan penceramah Pedagogi Pendidikan Kanak-kanak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!