SAYUNYA hati saat mendengar cerita anak kecil ini. Tulus berkata-kata menceritakan keperitan dilalui, anak kecil berusia enam tahun bernama Wardan menjentik hati warganet hingga menangis.

Kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Wardan dipercayai didera oleh bapa kandung dan ibu tiri.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu hanya terbongkar apabila si kecil itu nekad melarikan ke rumah gurunya.

Baca juga: Takut jadi janda, punca terus didera, 1 daripada 3 wanita Malaysia mangsa keganasan rumah tangga

Menerusi perkongsian video berdurasi 2 minit 12 sat yang tular di laman sosial TikTok, kanak-kanak itu menceritakan episod penderaan yang menimpa dirinya di rumah.

Antaranya ialah mata bengkak akibat ditumbuk ibu tiri yang dipanggil mama ketika bapanya bertugas di Melaka.

“Selepas ayah balik, bergaduh. Sampai ayah campak Wardan,” ujarnya.

Lebih memilukan apabila guru bertanya mengenai lengannya yang berbirat. Dakwa Wardan, ia adalah kesan dipukul oleh ibu tiri dan bapanya menggunakan rotan.

Dakwa Wardan, dia juga pernah mengambil burger yang dibeli ibu tiri kerana terlalu lapar namun telah ditumbuk wanita itu.

Baca juga: Wanita mangsa keganasan jangan takut, laporan polis boleh buat di mana sahaja seluruh Malaysia

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Air mata netizen tidak henti-henti menitis mendengar pengakuan anak sulung daripada empat adik-beradik itu.

Apatah lagi apabila salah seorang cikgu menunjukkan bibir anak kecil itu berbirat kerana diberi makanan pedas.

“Betul tu, (nasi, garam dan cili) dengan serbuk hitam (lada hitam),” katanya sambil menahan air mata yang bergenang.

Ujar Wardan, dia nekad melarikan diri menerusi pintu dapur ketika ibu tiri dan adik-adiknya berada di rumah.

Kanak-kanak itu juga difahamkan sudah lama tidak menghadiri sesi persekolahan.

Keberaniannya melarikan diri dan tindakan guru yang menularkan video pengakuan tersebut menyelamatkan keadaan.

Khabarnya kes Wardan telah diambil pihak berkuasa dan suspek telah ditangkap.

Baca juga: Kisah Siti Hajar didera keluarga sampai mati, berat hanya 18kg, pelaku terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Berikut perkembangan terbaru kes berkenaan:

1-Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 2.23 petang sebelum diselamatkan oleh pihak polis.

2-Terdapat kesan luka pada bahagian badannya.

3-Polis telah menyelamatkan anak kecil itu dan dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.

4-Siasatan awal mendapati mangsa telah didera sejak Mac lalu hingga kini.

Iklan

5-Si kecil itu telah dipukul oleh ibu tiri dan bapa kandungnya menggunakan tangan, senduk kayu, ditendang dan dirotan.

6-Pemeriksaan terhadap mangsa mendapati banyak parut dan luka di seluruh badan dan telah menerima rawatan di Hospital Kuala Pilah.

7-Doktor mengesahkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan.

8-Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya menangkap ibu tiri dan bapa kandung kanak-kanak tersebut.

Baca juga: ‘Iman’ didera berlubang belakang, jiran dengar raungan sejak 2 minggu lepas, berikut 15 info kes

9-Kedua-dua suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Iklan

10-Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi Rm50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syabas guru-guru, warga maya dan Polis Di Raja Malaysia yang membantu. Semoga nasib adik Wardan terbela dan pelaku diberi balasan setimpal.

Baca juga: Hanya alasan bising kanak-kanak didera kekasih ibu, belakang berbirat, bibir bengkak, mata lebam, ini kronologi meruntun hati

Sumber: TikTok, Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!